22 February 2014

Petua Tradisonal Menambahkan Susu Badan

Petua Untuk Menambahkan Susu Badan



Pilihan 1: Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Pilihan 2: Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari.

Pilihan 3: Daun betik memang enak dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.

Pilihan 4: Longan yang kering yang biasa boleh didapati di kedai singseh elok diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minum air rebusan tersebut.

Pilihan 5: Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payudara anda.

Pilihan 6: Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.

Pilihan 7: Orang Melayu lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman seperti cekur manis, pegaga, peria, ulam raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lobak putih.

Pilihan 8: Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari.

Pilihan 9: Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya sama seperti halba.

Pilihan 10: Anda perlu minum air sehingga 8 gelas sehari. Yang paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.

Pilihan 11: Kerap melakukan urutan payudara ketika sedang mandi atau beberapa kali sehari. Lebih afdal jika anda meminta suami anda urutkan. Di samping itu, perhatikan diet anda. Jangan memakan makanan segera atau minuman berkafein. Ia tidak sihat untuk ibu dan bayi. Amalkan lebih banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pilihan 12: Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula. Minum air sengkuang selalu.

Pilihan 13: Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara anda. Amalkan setiap hari.

Pilihan 14: Ambil bunga melur dan giling hingga halus. Tampalkan padal sekeliling payudara anda di waktu pagi sebelum mandi.

Pilihan 15: Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 atau 3 kali sehari

Pilihan 16: Ambil 2 kelopak daun kobis bulat dan tekap pada payudara anda. Anda juga boleh lenyek-lenyekkan kelopak daun kobis bulat tersebut dan tampalkan pada payudara. Petua ini juga boleh mengurangkan bengkak susu semasa dalam pantang.

Pilihan 17: Bubur kacang hijau dicampurkan dengan beras merah baik untuk memperbanyakkan air susu badan serta memekatkan susu ibu.

Pilihan 18: Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Amalkan memakannya bersama nasi.

Pilihan 18: Ambil petola, bayam dan daun turi . Masak lemak manis dan amalkan selalu sewaktu makan tengah hari.

Pilihan 19: Sayur bendi dibuatkan sebagai ulam dan cicah dengan sambal.

Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Terima Kasih

07 February 2014

CAROTOMAX

Carotomax yang dirumus khas oleh Shaklee merupakan gabungan enam karotenoid terbaik iaitu alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena, zeaxanthin yang melengkapkan faedah karetenoid untuk keperluan manusia.

Carotomax yang sangat istimewa ini diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang turut berperanan sebagai antioksidan iaitu rumpai laut, Tomato bukan GMO, Biji anggur, Pot /marigold, Epal, Strawberi, Minyak Sawit, Fava D'anta, Brokoli, Cantaloupe, dan Carrot. Carotomax membekalkan lebih 13mg (21,500IU) karatenoid penting untuk keperluan tubuh terutama mata. 

Istimewanya, buah-buahan dan sayuran yang digunakan ditanam secara organik dari pemilihan biji benih hingga penuaian dan pemprosesan yang amat dijaga untuk memastikan khasiat buah-buahan dan sayuran tidak terjejas dan kekal semulajadi (tidak ditambah perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan)

MANFAAT CARATOMAX SHAKLEE

>  Lebih Selamat Dari Vitamin A
Vitamin A ditemui pada tahun 1912 dan merupakan vitamin terawal yang ditemui oleh saintis. Namun begitu, sekiranya diambil secara berlebihan akan menjadi toksik kepada tubuh. Kemudian, hasil penyelidikan saintis mendapati pengambilan  beta-karotena yang merupakan alternatif penggantian vitamin A didapati lebih selamat kepada kesihatan manusia

>  Mempertingkatkan Penglihatan
Menghasilkan 'visual ungu' yang mengekalkan tahap yang bagus dalam persekitaran yang gelap.
Carotomax membantu menyelesaikan masalah  penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak (selaput mata)eye bags dan gegelung hitam di bawah mata.
    
>  Meredakan Penyakit Kulit
Pengambilan yang konsisten dapat melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque (nyanyuk), kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Penggunaan Carotomax pada bahagian luaran boleh merawat pustule (jerawat biasa), scabies (kegatalan pada kulit) dan ulser kulit.

>  Melindungi Epithelial
Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus perut, paru-paru, bronkitis, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

>  Melawan Kanser dan Oksidasi
Pengambilan secara konsisten dapat mengukuhkan sistem imun tubuh, melambatkan proses penuaan dan menyekat aktiviti penyebab kanser dan menghalang sel-sel kanser. Carotmax juga dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru dan payudara. Carotomax juga dapat mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida dari tubuh.

>  Menghalang Infeksi
Meransang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma dan selesema.

>  Menggalakkan Perkembagan Tumbesaran Yang Normal dan Sihat
Meransang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi dan gusi serta sistem reproduksi yang sihat. Caratomax juga membantu dalam penghasilan sperma yang sihat.


KELEBIHAN CARATOMAX - SUMBER KAROTENA YANG LENGKAP


Mengandungi fitokimia karotena semulajadi yang lengkap untuk keperluan mata, kulit, membran mukosa yang sihat dan untuk lain-lain keperluan tubuh.

Alpha-Carotene 
~ Untuk penglihatan malam, kesihatan mata,menghalang degenarai penglihatan

Beta-Carotene   
~ Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka
~ Mempertingkatkan sistem imun                            
~ Mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat

Lycopene       
~ Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ.
~ Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun
~ Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

Astaxanthin      
Shaklee menuai karatenoid astaxanthin dari mikroalga laut (sumber protein yang tulen). 
~ Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

Lutein          
~ Menyekat katarak (selaput mata), AMD (age related macular disease / penyakit makular berkaitan umur), dan glaukoma.

Zeaxanthin     
~ Melindungi mata, Menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya,
~ Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.

Terima Kasih

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET

Shaklee Advanced Joint Health Tablet (AJHT) ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi - sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Advanced Joint Health Tablet ini memberi manfaat kepada sendi melalui 3 cara:-

  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

  • Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi


Terima Kasih