Showing posts with label OMEGA GUARD. Show all posts
Showing posts with label OMEGA GUARD. Show all posts

28 November 2015

SUPPLEMENT UNTUK GOUT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Beberapa hari yang lalu, saya telah bertemu dengan seorang kenalan selepas solat jumaat di masjid. Sembang punya sembang akhirnya kawan saya memberitahu yang dia diserang gout. Saya perhatikan dia, terbit rasa simpati. Kawan saya nu muda lagi, umur sekitar 35 tahun. Dia memberitahu yang kaki sebelah kiri sakit yang teramat sangat, rasa kebas dan nampak bengkak pada kakinya. Nak berdiri, berjalan memang susah. Teringat saya pada bapa mertua saya yang dulupun kerap diserang gout. Namun selepas saya memberikan supplement Shaklee, Alhamdulillah kesihatan dia semakin baik dan amat jarang diserang penyakit gout.

Hari ini saya nak share tentang penyakit gout ini. Semoga info ini dapat membantu rakan-rakan pembaca memahami penyakit gout ini dengan lebih mendalam.

APA ITU GOUT?
Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Walau bagaimanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid (menopause) juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

Antara tanda yang menunjukkan penyakit gout berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.

Di bawah adalah kompilasi tanda tanda gout yang saya dapat dari artikel-artikel di internet. Ini adalah sebagai panduan asas. Jika ada salah satu tanda tanda penyakit gout tersebut segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan.

1. Penyakit gaut kebiasaanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
2. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
3. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
4. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
5. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
6. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
7. Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
8.  Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap.

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba-tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara apabila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit. Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan kerapa kali pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.

PUNCA PENYAKIT GOUT
Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan. Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi-sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin, obesiti, pengambilan alkohol berlebihan, masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.

SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK GOUT
Supplement Shaklee, produk berasaskan tumbuhan semula jadi juga menawarkan beberapa penawar kepada masalah gout ini. Antara supplement yang boleh dicuba sekiranya anda diserang gout ialah Alfalfa, Omega Guard, Performance Drink dan Vivix.



Omega Guard
Mengelakkan keradangan sendi dan penting bagi merawat gout yang agak kronik

Alfalfa
Detoks semulajadi untuk membuang toksin (asid urik) secara lembut bagi merawat gout


Performance drink 
Memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit


Vivix
Mengembalikan fungsi hati dan buah pinggal dengan efisien untuk menyingkirkan asid urik berlebihan dari badan.

TESTIMONI PESAKIT GOUT DENGAN SHAKLEE

Di sini saya sertakan beberapa testimoni pesakit gout setelah mengamalkan set gout Shaklee. Semoga perkongsian daripada pesakit ini dapat meyakinkan anda tentang kehebatan set gout Shaklee.

Testimoni 1 - Seorang ibu yang bertambah baik penyakit gout setelah mengamalkan set gout shaklee. Bonus kepada ibu tersebut MUKA BERSERI-SERI :)

Testimoni 2 - Seorang suami yang berjaya sembuh dengan set gout Shaklee. Alhamdulillah!

Testimoni 3 - Vivix membantu pesakit gout yang terpaksa menggunakan wheel chair untuk bergerak. Setelah konsisten dengan Vivix.... no more wheel chair!!

Alhamdulillah, ramai yang memberikan feedback positive setelah mengamalkan supplement shaklee untuk masalah gout. Diharapkan sedikit info yang diberikan dapat membantu pembaca memahami serba sedikit mengenai gout,

Berminat untuk mendapatkan produk ini?

Hubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan dan tempahan produk

call/sms/wassap: WANI (017-535914) / RAZIF (012-7973240)


Terima Kasih

08 October 2014

SET KEHAMILAN TERBAIK DI PASARAN!


SYUKUR & TAHNIAH kerana anda bakal bergelar ibu. Sememangnya detik-detik ketika hamil merupakan suatu pengalaman yang berharga dan harus dinikmati dengan sebaiknya. Sebagai ibu, kita semestinya mahukan yang terbaik untuk diri kita sendiri dan anak yang kita kandungkan. Sekiranya anda mencari supplement terbaik sepanjang tempah kehamilan anda, SHAKLEE sememangnya PILIHAN TERBAIK. Mudah dan Murah! 


SET KEHAMILAN SHAKLEE terdiri daripada beberapa vitamin dan supplement yang sangat penting untuk menyokong kesihatan ibu dan bayi 


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
✿Penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. 
✿Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. 
✿Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik.
✿ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. 
✿Protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
✿Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke-3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

VITALEA (MULTIVITAMIN WITH IRON)
★Multivitamin dan Multimineral (12 vitamin & 7 mineral) yang dapat memberikan tenaga kepada ibu terutamanya yg mengalami alahan teruk di awal kehamilan. 
★Diformulasikan dengan zat besi yg dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah hb rendah tatkala hamil. hb rendah di kala hamil boleh menyebabkan pendarahan yang teruk saat bersalin dan membahayakan nyawa ibu dan bayi. Ibu hamil yang mengalami masalah hb rendah ini juga selalunya akan kelihatan pucat, lesu dan tidak bermaya

B-COMPLEX 
Mencegah dan merawat anemia, membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan melancarkan peredaran darah,
Melegakan sakit kepala, pening, migrain dan muntah-muntah.
Baik diamalkan sebagai salah satu langkah untuk mengelakkan ibu dari terkena darah tinggi dan diabetes tatkala hamil. 
Merupakan "happy vitamin" yg akan memberikan mood yang ceria kepada ibu dan mengelakkan ibu daripada beremosi dan murung kerana emosi boleh memberi pengaruh yg buruk kepada janin. 
Membantu membekalkan tenaga kepada ibu hamil.

VITAMIN C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
Ia juga membantu dalam penghadaman zat. 
Meningkatkan sistem pertahanan tubuh daripada jangkitan kuman seperti demam, batuk, selsema dll
Membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

OSTEMATRIX (KALSIUM)
✪Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari.
✪Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
✪Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (simpul biawak) 
✪Membantu ibu mengatasi masalah sembelit 
✪Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
✪Kekurangan kalsium akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi, badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis pada usia tua.

TRIMESTER II DAN III

OMEGA GUARD
✔Asid Lemak Omega-3 penting untuk mengelakkan kelahiran pra-matang dan mengelakkan terjadinya pre-eklampsia. 
✔Kekurangan Asid Lemak Omega-3 sewaktu hamil boleh mengakibatkan seseorang ibu mengalami kemurungan dan boleh menjadi semakin teruk selepas bersalin (post-partum depression).
✔Asid Lemak Omega-3 ini juga penting selepas kelahiran untuk penghasilan susu ibu. 
✔Asid Lemak Omega-3 dikatakan penting untuk perkembangan sistem imun bayi dan jika kekurangannya boleh mengakibatkan bayi mendapat gangguan fizikal dan mental kerana kekurangan sistem kekebalan tubuh. 
✔DHA tersangat penting untuk perkembangan otak janin

Berminat untuk mendapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE? pm saya untuk tempahan dan pertanyaan lanjut...

WANI (017-5359154) & RAZIF (012-7973240)
PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA
COD SEKITAR BALING & SUNGAI PETANI (WEEKEND)

Terima Kasih

20 July 2013

SET PELANGSINGAN BADAN SHAKLEE

Ramai yang tercari-cari produk untuk pelangsingan yang sesuai. Ada yang sanggup menghabiskan ribuan $$ semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang lansing dan menawan. Nasihat saya, pastikan anda memahami dengan jelas, apakah konsep utama dalam pelangsingan badan supaya anda tidak merasa TERTIPU dengan produk-produk pelangsingan yang terdapat di pasaran.

Shaklee juga turut menawarkan produk pelangsingan bagi tujuan untuk pelangsingan badan. Ramai yang sudah mencuba dan merasai perbezaannya.


3 KONSEP UTAMA UNTUK KURUS:

BAKAR, BUANG, BINA


1. BAKAR 
Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol



2. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi: membuang lemak, toksin dalam badan

3. BINA
Produk: CINCH SHAKE /SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh lepas berat badan turun.


berikut merupakan langkah yang tepat untuk menurunkan berat badan dengan lebih berkesan:

LANGKAH PERTAMA: DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar (najis). Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Produk Shaklee yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. 

LANGKAH KEDUA: MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah. Seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Untuk makluman, Lecithin ni tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. 

Omega Guard pun turut membantu dalam proses memecahkan lemak dan mencegah obesiti. Omega juga dapat mengawal obesiti, merendahkan kolesterol bagi fungsi pengurusan berat badan. EPA dan DHA di dalam Omega Guard boleh merendahkan lemak dalam darah. 

LANGKAH KETIGA: MEMBINA OTOT 
Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot agar bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.


Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak tapi gantikan dengan Energizing Soy Protein / MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? 
Apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.

TIPS PENTING:
Program pengurusan berat badan adalah berbeza dengan diet yang extreme. walau apa jua cara, pastikan pemakanan yang betul dan sihat, kurangkan karbohidrat dan lebihkan pengambilan protein, dan pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. senaman dan pemakanan yang disiplin juga perlu dipatuhi. 


Terima Kasih

01 May 2013

OMEGA GUARD


MINYAK IKAN TERBAIK DUNIA
Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.


Terima Kasih