21 January 2014

PEPPERMINT GINGER PLUS

Ramai di kalangan kita yang mengalami masalah berangin. Rasa berangin di bahagian tubuh terutamanya dibahagian perut, kepala dan belakang badan. Bagi yang selalu mengalami masalah angin berlebihan dalam badan, elakkanlah makan makanan yang berangin seperti kacang, brokoli, kobis, taugeh, bawang, asparagus dan  buah-buahan seperti pear, epal dan peach, bijirin seperti roti gandum, minuman ringan dan jus buah, susu dan produk daripada susu dan keju, makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU ATASI MASALAH ANGIN DALAM BADAN?
Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:

  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan

Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik. Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:

1) Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.


2) Halia

  • Halia meransang rembesan enim saliva untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.

3) Pokok adas (fennal)

  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.

4) Cekur Manis (anise)

  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut


Terima Kasih

19 January 2014

HERBLAX


Herb-lax Shaklee merupakan salah satu produk Shaklee HOT yang sangat laris di pasaran. Inilah antara produk yang sering sangat tiada di pasaran kerana permintaan yang tinggi di samping kesukaran Shaklee mendapatkan bahan mentah yang berkualiti. Asal ada pengumuman instock saja, mesti stok habis dalam seminggu... Fuh, memang terlajak laris.

Salah satu sebab kenapa orang tercari-cari herblax ni kerana khasiatnya yang dikatakan mampu mencuci bahagian usus daripada segala lemak dan kolesterol jahat sekaligus menjadikan kita lebih kurus dan ramping gitu.. Yup! Herblax merupakan agen detoks bahagian usus yang sangat hebat! Kalau tak, takkan orang sering tercari-cari, kan?

Jom kita tengok, apa yang terkandung di dalam sebiji herblax dan fungsi setiap bahan aktifnya.

Herblax Shaklee mengandungi herba semulajadi:

  1. Licorice root - membantu proses detoksifikasi
  2. Fennel seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah semebelit dan kembung perut atau usus
  3. Anise seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  4. Rhubarb root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik
  5. Blue malva flower - membantu proses detoksifikasi danmengimbangi tekstur kulit
  6. Culver's root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  7. Alfalfa leaves - membersihkan usus, darah dan hati.
  8. Senna leaves - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  9. Buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.

Manfaat Utama
  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Memejalkan perut. 

Terima Kasih

TAHUN BARU, SEMANGAT BARU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam ceria..

Alhamdulillah, syukur pada Allah, Tuhan sekalian alam yang memberikan peluang dan keizinan kepada kami untuk terus berkongsi dan berkongsi kebaikan dengan anda semua. Berkongsi kesihatan dan kekayaan semestinya dengan SHAKLEE. 

Blog ini dah berwajah baru! Yes! sempena dengan tahun baru 2014 ini,  ia hadir bersama semangat yang membara dan keinginan yang membuak-buak untuk kami berusaha dan terus berusaha, berjuang dan berjuang sehingga tercapai segala impian dan keinginan yang terpendam selama ini, insyaAllah mudah-mudahan...

Kenapa kami obses dengan Shaklee?? Kenapa kami ingin menjadi jutawan Shaklee?? Ya Allah,  terlalu banyak sebab yang boleh kami senaraikan di sini.. Semua sebab-sebab ini menjadi push factor yang terlalu kuat untuk kami pastikan kami berjaya dengan Shaklee. Obses kami, bukan sekadar obses. Tapi satu impian yang tidak mustahil untuk kami capai. Berikut kami senaraikan 4 sebab kenapa kami perlu menjadi jutawan Shaklee:

1 - FINANCIAL FREEDOM
Ya.. hidup siapa yang tak dikekelilingi hutang? Majoriti orang hidupnya dikelilingi hutang. Hutang rumah, kereta, pinjaman peribadi, pendidikan, hatta ada orang yang buat pinjaman bank untuk kahwen! (kecuali saya :) ). Banyak sangat hutang sampai satu tahap, rasanya kita hidup untuk membayar hutang semata-mata. tak pernah habis. Jadi, dengan Shaklee kami yakin dan percaya, kami mampu langsaikan segala hutang menjelang tahun 2020. Itu azam kami, sesuai dengan tema Malaysia maju 2020.. hehe

2 - MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN
Kita ni hidup, bukan hanya untuk kita. Sekeliling kita ada ahli keluarga kita, mak, ayah, mak mertua, pak mertua, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga. Mereka nilah antara orang-orang yang banyak membantu kita selama ni, terutamanya mak ayah kita. Kalau dulu mereka dah banyak berkorban untuk kita, apa kata kali ini kita pulak berkorban untuk mereka. Tanpa mereka siapalah kita. 

3 - MENAMBAH PAHALA DAN AMAL JARIAH
Bukankah nabi bersabda, " Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara; SADAQAH JARIAH, ILMU YANG BERMANFAAT, dan doa anak yang soleh". Nampak tak kami highlight sadaqah jariah dan ilmu yang bermanfaat tu? InsyAllah, dengan rezeki yang kami terima ini, mudah-mudahan akan kami jadikan sebagai sadaqah jariah sama ada dalam bentuk zakat, derma, wakaf dan sumbangan yang pahalanya tak putus-putus apabila kami telah tiada kelak. Begitu juga dengan sedikit ilmu yang kami sampaikan, semoga ianya juga dapat dimanfaat oleh semua orang.

4 - MEMBANTU ORANG LAIN
Alhamdulillah, group kami, master2b semakin lama semakin berkembang. Networking (jaringan) juga kian lebar dan dalam. Syukur kepada Allah yang memberikan kami kekuatan untuk terus bertahan dan berusaha. Justeru, kami merasakan perlunya kami untuk berusaha membantu dowlines kami supaya lebih berjaya, dapat merasa apa yang telah kami dapat. Kami berhasrat dapat berkongsi ilmu, pengalaman, rahsia dan tips untuk berjaya dalam Shaklee dengan mereka. Semoga mereka juga dapat kami 'heret' untuk menjadi Jutawan Shaklee, InsyaAllah.

Empat sebab itu hanyalah dasarnya, kalau diperincikan lagi memang terlalu banyak. Cita-cita kami terlalu besar, perjalanan ke puncak kejayaan pun terlalu berliku. Semoga kami diberikan kekuatan dan keteguhan untu menempuh ranjau yang mendatang. Apapun, semua itu takkan tercapai tanpa D.U.I.T!
D - DOA
U - USAHA
I - IKHTIAR
T - TAWAKKAL

Doakan kami semua, insyAllah kita bertemu di puncak kejayaan, MASTER COORDINATOR!

Salam sayang, salam perjuangan,


Master2b
Razif Saliman & Noor Hazwani Wahab




Terima Kasih

18 January 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE



Ramai pasangan suami isteri yang mendambakan cahaya mata, namun masih belum lagi dikurniakan rezeki dari Allah. Janganlah anda berasa putus asa dan teruskan berusaha, selain berdoa dan bertawakkal kepadanya.


Sekiranya anda telah puas berusaha dan berikhtiar namun masih belum berhasil, apa kata anda mencuba SET KESUBURAN SHAKLEE. 



SET KESUBURAN SHAKLEE membantu untuk hamil dengan: 
✔ Membaiki kitaran haid lebih teratur dan boleh merancang wakts subur dengan tepat 
✔ Meningkatkan kesuburan dengan penghasilan ovum dan sperma yang sihat
✔ Membina sel darah merah yang sihat
✔ Meningkatkan bilangan & kuantiti sperma
✔ Membekalkan NUTRISI kepada sistem peranakan
✔ mengatasi masalah KEPUTIHAN
✔ Melegakan STRESS
✔ Memperbaiki hubungan seksual suami isteri

==================================================
INFO PRODUK:

Vitamin Asas (Family Wellness Set)

ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

✪ ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

✪ VITALEA
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pengambilan Vitalea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

✪ VITAMIN C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

✪ B COMPLEX
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Vitamin Kesuburan

✪ VITAMIN E WITH SELENIUM
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

✪ ZINC COMPLEX
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

✪ ALFALFA COMPLEX
Diamalkan oleh wanita, bagi membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut / sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium) dan turut membantu dalam hubungan suami isteri .

✪ GLA COMPLEX
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama.

Cara pemakanan supplements



Untuk Suami

Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc - 1 biji setiap hari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc - 1 biji sehari.

Untuk Isteri
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan GLA (1 biji) setiap hari dan
Alfalfa (3-5 biji) sehari.
Minimum : B-Comp, GLA (1 biji sehari) dan Alfalfa (3-5 biji) sehari.

Terima Kasih

Vita-Lea BUY 6 FREE 1

Pada bulan ini anda boleh membeli Vita-lea pada harga yang menjimatkan. Ini kerana bagi setiap 6 botol Vita-Lea,anda akan mendapat 1 botol Vita_lea secara percuma.



Terima Kasih