Showing posts with label BISNES SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label BISNES SHAKLEE. Show all posts

08 May 2015

6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU DAFTAR SHAKLEE BULAN INI!

Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang barakah!

Apa khabar semua? Harap anda semua sihat-sihat belaka hendaknya..

Ok, hari ini saya nak cerita tentang satu berita yang HANGAT diperkatakan di kalangan kami penjual produk-produk Shaklee. Berita yang saya rasa pasti akan membuatkan saya dan anda semua terbukak biji mata melihat betapa gilanya syarikat Shaklee ni. Sungguh, saya pertama kali dengar pasal ni, ternganga mulut! Macam tak percaya ja.. betul ke bohong? Hehe.. tapi setelah beberapa ketika, ianya adalah satu kenyataan. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.

Apa yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah berkaitan dengan satu tawaran hebat Shaklee yang di kenali sebagai YES (YOUNG ENTERPRENEUR SYSTEM) atau Bahasa Melayunya SISTEM USAHAWAN MUDA. Sebelum saya story panjang lebar tentang YES, jom kita tengok dulu apa sebenarnya YES ni..

YES - AN INTRODUCTION



YES ni merupakan suatu program yang diperkenalkan oleh Shaklee yang bertujuan untuk menarik golongan-golongan muda di luar sana untuk MENJANA PENDAPATAN dengan Shaklee. Tak kisahlah kita nak cari pendapatan TETAP atau SAMPINGAN, Shaklee menyediakan platform yang terbaik dengan tawaran-tawaran yang cukup hebat. Ini selari dengan situasi sekarang, di mana kita lihat ramai orang yang masih lagi tercari-tercari pekerjaan, menganggur, dibuang kerja kerana company tak mampu nak bayar gaji, nak tambah pendapatan keluarga dan macam-macam lagi sebab. Tambahan lagi, GST dah dilaksanakan, kos hidup pun makin meningkat, beban terasa lebih berat, makanya YES diperkenalkan oleh Shaklee untuk membantu kita semua... Nampak tak? Prihatin kan Shaklee..

TAWARAN HEBAT YES
Kalau nak cerita tentang tawaran YES ni, saya rasa satu hari satu malam tak habis.. Banyak sangat! Untuk edisi kali ni, saya cuba simplified dan deliver dengan cara yang paling mudah supaya anda boleh faham. Kalau nak lebih jelas, kenalah pm/wassap saya untuk sembang-sembang pasal ni.. Seriously, you will love it!

1. PERCUMA SEBOTOL VITALEA DENGAN SETIAP PENDAFTARAN BARU


Sempena ulangtahun kelahiran Vitalea yang ke100 tahun, Shaklee berbesar hati untuk memberikan sebotol VITALEA kepada ahli baru secara PERCUMA! FREE! Syaratnya, mesti buat belian apa-apa produk Shaklee, baru layak dapat sebotol VITALEA PERCUMA. Tak kisahlah, kalau anda mendaftar ahli dan membeli sebotol Zinc yang berharga rm30, atau herbal blend yang berharga RM25, anda layak mendapat mendapat sebotol VITALEA yang berharga RM95.. Untung banget!

Nak tahu apa manfaat VITALEA ni? Boleh baca di sini...


2. 100% MATCHING ENROLLMENT INCENTIVES

Yang ni, nak bagi mudah cerita, setiap kali kita daftar seorang new member, Shaklee akan bagi bonus extra atas usaha kita memperkenalkan new member kepada Shaklee. Kalau sebelum ni memang ada bonus juga, tapi istimewa untuk program YES ni, Shaklee bagi double. Contoh kalau sebelum ni, kita register new member dapat RM100, tapi bulan ni Shaklee bagi lagi 100% matching bonus, iaitu RM100. Jadi, kita dapat RM200 (seorang). Lagi banyak kita sponsor, lagi banyaklah kita dapat bonus tu. Gitew lah lebih kurang. Kalau tak berapa nak faham, wassap ja saya, nanti saya explain lebih details.

3. RANK UP BONUS
Offer ni pun sangat best. Setiap kali kita berjaya naik pangkat, Shaklee akan bagi lagi bonus extra kepada kita. Cuba tengok pada jadual yang diberikan.



PANGKAT: SUPERVISOR
Naik pangkat RM200
Maintain pangkat pada bulan berikutnya RM500
Total RM700

PANGKAT: MASTER COORDINATOR
Naik pangkat RM2500
Maintain pangkat pada bulan berikutnya RM5000
Total RM7500

Makin tinggi pangkat yang kita daki, makin tinggi ganjaran yang Shaklee beri. Sesuailah dengan usaha penat lelah dan usaha kita, ye dak?? Tu cuma bonus naik pangkat, bukan bonus sebenar. Kalau campur dengan cash bonus, lagilah banyak. Jenuh tekan kalkulator nak kira total bonus tu..


4. NEW YES WELLNESS PACK


Bertepatan dengan pelancaran YES ni, Shaklee telah memperkenalkan beberapa pek baru pada harga yang lebih murah. Pek-pek baru yang telah diperkenalkan ini sebelum ni sememangnya produk-produk HOT Shaklee, cumanya Shaklee jadikan dalam bentuk set-set yang baru dengan harga yang lebih murah. Empat set terbaru yang Shaklee keluarkan ialah

1.       Healthy Prenatal set (Set ibu hamil
2.       Healthy Posnatal set (Set ibu berpantang/menyusu)
3.       Healthy Fitness Set (set slim/kurus)
4.       Healthy Anti Ageing set (set anti penuaan)

Jadi, nasihat saya jadilah ahli dengan mendapatkan salah satu daripada set di atas. Dapat harga lagi jimat, dapat FREE VITALEA SEBOTOL... kan untung tu namanya!

5. MATCHING BONUS
Offer yang ni membuat saya dan orang-orang lama jealous. Sebab ganjaran ni hanya ditawarkan pada ahli yang mendaftar pada bulan MAY - OKTOBER 2015 SAHAJA! Orang lama macam saya memang tak dapat. Sedih!


Untuk offer ni, bagi new member yang mencapai bonus jualan paling kurang RM500, Shaklee akan memberikan bonus ekstra untuk anda semua sebagai galakan untuk lebih maju. Kalau tengok pada rajah di atas:

Kalau bonus kita RM500 – RM649, kita dapat extra bonus 10%
Kalau bonus kita RM650 – RM799, kita dapat extra bonus 20%
Kalau bonus kita RM800 – RM999, kita dapat extra bonus 30%
Kalau bonus kita RM1000 ke atas, kita dapat extra bonus 50%

Untung tak? Mestilah untung!

Cuba kita buat kira-kira mudah:

Katakan bonus kita RM800, kita dapat bonus extra 30%..
30% x RM800 = RM240
Total bonus: RM800 + RM240 = RM1240

Katakan bonus kita RM1000, kita dapat bonus extra 50%..
50% x RM1000 = RM500
Total bonus: RM1000 + RM500 = RM1500

Sungguh, saya cemburu pada anda yang mendaftar keahlian pada bulan ni sampai Oktober.. Kalau saya jadi anda, memang saya tak fikir panjang, terus daftar pada bulan ni untuk menikmati ganjaran yang Shaklee berikan. Makin lambat daftar, makin lama ada berada dalam KERUGIAN.

6. YES CHAMPION!


Ni satu lagi tawaran KHAS untuk new member pada bulan ini. Sekiranya anda BERJAYA mencapai rank MASTER COORDINATOR dalam tempoh masa 13 bulan selepas pendaftaran, anda akan diiktiraf oleh Shaklee selayaknya. YES CHAMPION akan dianugerahkan sebuah trofi serta wang tunai RM10,000! Wow! Sungguh berbaloi... Ni merupakan suatu cabaran dan pembakar semangat untuk anda semua yang betul-betul ingin menjadikan Shaklee sebagai pendapatan utama anda.. Untunglah anda yang daftar bulan ni. Macam-macam boleh dapat..

Kesimpulannaya.... rebutlah peluang yang ada dengan segera. Anda yang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan, INILAH MASANYA. Yang sebelum ni pernah menggunakan produk Shaklee, ambil peluang untuk mendaftar ahli pada bulan ni sebab banyak kelebihannya. Berikut saya senaraikan kelebihan-kelebihan menjadi ahli pada bulan Mei – Oktober 2015:

1.       Free Vitalea sebotol yang berharga RM95.00
2.       Dapat beli produk pek YES pada harga yang lebih murah
3.       Dapat bonus extra naik pangkat
4.       Dapat matching bonus – bonus tambahan sekiranya layak
5.       Berpeluang merebut tawaran YES CHAMPION – dapat trofi dan RM10,000
  
Tunggu apa lagi? Daftar segera keahlian Shaklee dengan kami. Kami akan membimbing sepenuhnya. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

sms/wassap Wani 017 5359154 fb Noor Hazwani
sms/wassap Razif 012 7973240 fb Razif Saliman


Salam Sayang
WaniRazif
Rakan Shaklee Anda



Terima Kasih

22 October 2014

JANA PENDAPATAN LUMAYAN DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berapakan purata pendapatan seorang pengedar Shaklee??

Wah...bestnya soalan ni! Ya.. soalan biasa yang ditanya apabila seseorang ingin mendaftar diri menjadi pengedar Shaklee. Well, tiada jawapan yang tepat untuk menjawab soalan itu. Sebabnya.. banyak faktor yang mempengaruhi pendapatan seseorang pengedar Shaklee. Faktor sales peribadi, sales kumpulan, ranking dan lain-lain lagi semuanya diambil kira dalam menentukan pendapatan seseorang pengedar Shaklee. Apa yang saya boleh katakan, pendapatan dengan Shaklee adalah LIMITLESS! TIADA LIMIT! Seseorang pengedar boleh mencapai pendapatan bermula dengan 2-angka sehingga 6-angka sebulan, malah ada yang mencecah 7 angka sebulan... BILLIONAIRE!

Sebagai panduan bersama, anda boleh merujuk kepada jadual di bawah:


Semua pengedar Shaklee mesti bermula daripada seorang DISTRIBUTOR. Daftar sahaja keahlian Shaklee, anda terus berada dalam kategori DISTRIBUTOR, regardsless sama ada anda nak makan sendiri atau nak serius berbisnes. Kalau distributor ni, pendapatan biasa-biasa jelah.. banyak bergantung kepada sales peribadi. Boleh mencecah 3 angka jugaklah sebulan. Not bad!

Namun, sekiranya anda ingin serius berbisnes Shaklee, anda pasti akan teruja melihat jadual di atas - ANGGARAN PENDAPATAN TAHUNAN SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR. Anda boleh lihat sendiri dan membuat kira-kira berapa pendapatan bulanan seorang pengedar Shaklee. Sebagai contoh:

Pangkat: SUPERVISOR
Pendapatan Tahunan RM20,000
Pendapatan Bulanan RM1,666

Pangkat: SENIOR SUPERVISOR
Pendapatan Tahunan RM36,000
Pendapatan Bulanan RM3,000

Pangkat COORDINATOR
Pendapatan Tahunan RM80,000
Pendapatan Bulanan RM6,666

Sehinggalah pangkat yang paling tinggi, iaitu MASTER COORDINATOR;

Pangkat: MASTER COORDINATOR
Pendapatan Tahunan RM600,000
Pendapatan Bulanan RM50,00

Nilai RM yang anda perhatikan hanyalah anggaran sahaja, bahkan seseorang pengedar Shaklee mampu untuk menikmati pendapatan bulanan lebih daripada itu. Saya pernah berjumpa dengan seorang pengedar Shaklee (super upline saya) yang menikmati bonus sebanyak RM900,000 sebulan! Sikit saja lagi nak capai RM1 juta! MasyaAllah, hebat kan! (Tak dapat saya bayangkan kalau saya ada pendapatan sebanyak itu)

Apapun, itulah realitinya.. Semuanya terletak pada usaha, komitmen dan kesungguhan kita terhadap apa yang kita usahakan. Saya jatuh cinta dengan Shaklee dan saya suka dengan apa yang saya buat sekarang ni. Yang penting, niat saya nak bantu seramai mungkin insan-insan lain di luar sana untuk lebih sihat dengan Shaklee. InsyaAllah, duit, rezeki semuanya datang kemudian.

Anda yang berminat untuk menceburi bidang ini, boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut. Saya akan ceritakan kepada anda bagaimana Shaklee mampu memberikan sumber pendapatan yang lumayan untuk anda. Pendapatan TETAP mahupun SAMPINGAN. Siapa tahu, anda merupakan JUTAWAN Shaklee yang seterusnya. Tiada apa yang mustahil! Anda juga boleh membaca entry-entry berkaitan bisnes Shaklee di sini.

Sebagai penutup, mari kita hayati kata-kata Dr. Forest Shaklee, pengasas Syarikat Shaklee Corporation.
"PELUANG tidak pernah datang mengetuk pintu. Ia tidak pernah mencari pintu masuk. PELUANG adalah CIPTAAN KITA SENDIRI"



Salam Jutawan!
Wani & Razif
017-5359154
www.kasihummi.com


Terima Kasih

12 October 2014

MENGAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, hujan renyai-rengai turun membasahi bumi Kupang ini. Suasana petang yang sejuk dan mendamaikan membuatkan saya terpanggil untuk menulis di blog. Hujan yang turun, mudah-mudahan padanya ada rahmat dan kebesaran Allah Taala. Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan redha dengan kurniaanNya.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua mengapa saya memilih Shaklee sebagai bisnes part-time. Dalam banyak-banyak bisnes, mengapa Shaklee yang menjadi pilihan saya. Kenapa tidak bisnes X, kenapa tak join bisnes Y, kenapa mesti Shaklee? Apa yang bestnya bisnes Shaklee ni sehingga berjaya menukar persepsi saya daripada seorang pengguna kepada seorang usahawan? Apa wow-factor Shaklee yang berjaya merubah dimensi dan pemikiran saya daripada seorang yang anti MLM kepada pejuang MLM Shaklee.

Kalau nak disenaraikan satu persatu, memang sangat banyak. Anda boleh membaca beberapa entry saya sebelum ini seperti BESTNYA MENJADI AHLI SHAKLEE, GANJARAN SHAKLEE dan lain-lain lagi. Dalam entry itu diterangkan dengan panjang lebar tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee, apa yang Shaklee tawarkan dan bermacam-macam lagi. Tapi hari ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang apa yang uniknya bisnes Shaklee sehingga membuatkan saya jatuh hati dan setia dengannya.



1. Produk yang berkualiti
Bukan nak memuji, tapi saya merasakan dalam senarai produk-produk makanan tambahan yang terdapat di pasaran, produk Shaklee yang paling berkesan, dengan izin Allah Taala semestinya. Banyak masalah kesihatan yang berjaya diatasi dengan berkat mengamalkan Shaklee (lagi sekali, dengan izin Allah Taala). Saya sendiri sangat berpuas hati dengan produk set menyusu Shaklee yang berjaya membantu saya menyusukan anak kedua saya Naurah Salsabila selama hampir 2 tahun. Produk Shaklee berjaya menurunkan paras gula darah suami saya setelah masalah kencing manisnya tak kurang-kurang walaupun mengamalkan ubat hospital sepenuhnya. Produk Shaklee membantu mak saya mengatasi masalah kolesterol dan darah tingginya, abah saya dengan masalah goutnya. Dan ramai customer yang berjaya dibantu setelah mengamalkan Shaklee dengan konsisten. Alhamdulillah, saya rasa seronok dan berpuas hati, lantaran itulah saya berhasrat untuk membantu lebih ramai lagi insan-insan yang memerlukan di luar sana.

2. Sistem MLM yang telus, adil dan menepati kehendak Syariah
Banyak sistem MLM yang saya temui menunjukkan berlaku ketidakadilan dan penindasan kepada salah satu pihak. Banyak yang hanya menguntungkan orang atasan dan berlaku penindasan kepada orang bawahan. Tetapi di Shaklee, itu semua tidak berlaku. Tiada istilah orang atasan goyang kaki dan makan hasil titik peluh orang bawahan. Orang atasan tidak mendapat apa-apa dengan hanya menaja ahli baru. Sebaliknya dengan membimbing, melatih dan memberi tunjuk ajar kepada downline, barulah anda menikmati 'upah' anda. Berbezanya Shaklee ni, 'upah' yang Shaklee bayar ini bukan diambil daripada hasil jualan downline kita, sebaliknya Shaklee memberikan bahagian lain daripada keuntungan syarikat kepada kita. Downline kita layak mendapat 100% keuntungan hasil penat lelahnya tanpa rasa sakit hati dek kerana sebahagian bonusnya perlu dibagi kepada orang atasan. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang bisnes MLM Shaklee di sini.

3. Bisnes yang fleksibel 
Dalam Shaklee, semuanya bagi saya sangat fleksibel. Tidak perlu pergi ke kelas dan seminar, tidak perlu keluar rumah untuk mencari prospek, tidak perlu meninggalkan anak-anak dan suami. Sayalah bos, sayalah pekerja. Semuanya atas masa dan kelapangan saya. Bisnes semua 100% online, bermula daripada mencari pelanggan, memesan barang, coaching dan mentoring, semuanya menggunakan kemudahan di hujung jari. Ada kelas-kelas disediakan secara PERCUMA tanpa bayaran Shaklee anjurkan, terpulang sama ada kita hendak pergi atau tidak, tiada paksaan. Tapi biasanya kelas dibuat secara online menggunakan medium whatsapp, facebook dan telegram. Sambil menyusukan anak, sambil melipat baju, sambil memasak, sambil tengok tv, kita masih boleh hadir ke kelas dan menimba ilmu. Mudah bukan?

4. Modal yang rendah
Dengan hanya bermodalkan rm65.00 seumur hidup, anda boleh menjadi pengedar Shaklee yang sah dan menikmati kesemua ganjaran yang Shaklee tawarkan. Kalau upline saya kata, nak mulakan bisnes Shaklee kena bayar RM1000, saya mesti fikir panjang sebelum kata nak join sebab modal yang tinggi. Bukan kata RM1000, RM100 pun belum tentu saya nak join, sebab bagi saya duit sangat berharga! Tapi disebabkan modalnya yang rendah, dan tak perlu pulak memperbaharui keahlian setiap tahun, saya rasa tak rugi manapun. No harm to try dan Alhamdulillah, setelah 2 bulan aktif berbisnes, saya mendapat balik modal saya. Tak sia-sia saya join bisnes Shaklee.

5. Mesra keluarga
Bisnes Shaklee memang family Oriented! Sekiranya anda berpeluang menghadiri mana-mana event Shaklee, anda akan terdengar hiruk-pikuk kanak-kanak riang berlari ke sana sini, anak-anak menangis sesuka hati, ibu-ibu mendokong bayi, bapa-bapa menolak stroller dan 1001 macam aksi dan ragam si kecil yang mencuit hati. Tidak ada sekatan untuk membawa anak-anak ke event Shaklee. Ini yang membuatkan saya jatuh cinta. Saya bebas bersama-sama family saya. Tak perlu risau memikirkan ke mana harus saya tinggalkan mereka sekiranya saya ingin hadir ke event Shaklee.

6. Ukhuwwah yang manis
Dalam Shaklee, kami ibarat adik beradik. Takde istilah bos dan pekerja. Upline, downline dan sideline sama-sama berusaha untuk saling membantu. Banyak tips, sharing dan pengalaman kami kongsikan. Tak lupa juga ilmu-ilmu kesihatan, marketing plan, bisnes tips dan bermacam-macam lagi. Walaupun hanya bertemu di alam maya, namun terasa kemanisan ukhuwwah sesama kami. Ukhuwwah inilah yang menjadikan kami kuat dan bertahan dengan cabaran dan dugaan bisnes.

Banyak lagi yang boleh saya kongsikan mengapa saya memilih Shaklee. 6 sebab di atas rasanya sudah cukup membuatkan saya teruja dan sentiasa bersemangat untuk berkongsi kebaikan Shaklee dengan anda. Jom semua bersama-sama saya menerajui bisnes Shaklee yang sangat best ini. Saya yakin anda takkan menyesal! 


Salam Sayang,
Wani dan Razif
Pengedar Shaklee Malaysia
call/sms/whatsapp: 017-5359154

Terima Kasih

11 October 2014

TIPS MEMULAKAN BISNES ONLINE

Assalamualaikum semua!

Diam tak diam dah hampir 2 tahun saya menjalankan perniagaan Shaklee. Cepat sungguh masa berlalu. Saya yang dulunya hanya berniat untuk menjadi pengguna tegar sahaja akhirnya menukar haluan daripada user dan seller. Masa dalam fasa user dulu, saya hanya makan supplement untuk kegunaan diri sendiri. Tak terfikirpun untuk berbisnes. Tapi lama kelamaan, dek kerana terpengaruh dengan kehebatan Shaklee, saya mula berfikir untuk berkongsi kebaikan yang saya dapat dengan Shaklee. Apa yang saya dah dapat dengan Shaklee?? Sudah tentulah KESIHATAN YANG LEBIH BAIK dan PELUANG UNTUK MENJADI JUTAWAN DERMAWAN. 

Setelah saya mula serius berbisnes, maka sel-sel otak saya mulalah berhubung. Saya mencari alternatif untuk memastikan saya dapat menjalankan perniagaan saya dengan cara yang MUDAH, FLEKSIBEL dan dalam masa yang sama MENGUNTUNGKAN! Yes, akhirnya terhasillah blog ini.. www.kasihummi.com sebagai medium untuk saya menjalankan perniagaan atas talian @ bisnes online.

Kenapa saya memilih bisnes online??
Banyak sebab dan kelebihan bisnes online ni berbanding bisnes offline atau konvensional. Jom kita lihat apa kelebihan bisnes online ni:

1. Tak perlu sewa kedai - Kedai kita hanya di alam maya. Promosi barang semua dibuat secara online. 
2. Tak perlu ikut arahan majikan - Takde siapa yang suka diarah. Dengan adanya bisnes online, saya bebas meniaga mengikut masa dan fleksibiliti saya. Saya bos, suka hati sayalah nak buat apa.. Haha
3. Tak perlu gajikan pekerja - Kita seorang saja boleh menjalankan perniagaan ni. Tak payah pening kepala nak cari pekerja, bayar gaji, bayar KWSP, SOCSO dan 1001 hal yang memeningkan 
4. Pasaran yang luas - Semestinya nilah perkara yang paling utama. Dengan adanya kedai online, produk kita dapat dipasarkan ke serata dunia tanpa sempadan. Lebih ramai orang boleh mengunjungi kedai online kita dan hasilnya lebih banyak jualan dan keuntungan yang bakal diperolehi. Kalau berniaga offline, pasaran kita terhad kepada tempat di mana kita berada sahaja.

Persoalan-persoalan yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan bisnes online

BAGAIMANA NAK MULA BISNES ONLINE?

Di sini saya akan kongsikan kepada anda beberapa TIPS penting sebelum anda berhasrat untuk memulakan perniagaan online anda.

1. PILIH PRODUK UNTUK DINIAGAKAN
Nak meniaga mestilah ada produk. Kalau tak jual produk, kita tawarkan perniagaan berbetuk servis atau perkhidmatan. Takkan la nak meniaga, tapi takde produk. Berniaga tanpa produk atau perkhidmatan, HARAM hukumnya.. Kalau boleh, cari produk yang unik dan ramai orang suka. Dalam kes saya, saya memilih Shaklee kerana produknya yang bagus dan berkualiti. Supplement dan vitamin merupakan produk yang selalu orang cari (rakyat Malaysia ramai yang berpenyakit!). Boleh dikatakan, produk Shaklee merupakan barangan harian yang sememangnya menjadi perhatian kepada pengguna-pengguna di luar sana. Biasanya supplement orang guna untuk tempoh sebulan dua, paling lama maybe 3 bulan. Lepas habis supplement, mesti pelanggan akan cari kita balik untuk repeat order.

2. BINA BLOG ATAU WEBSITE
Pentingkah blog? Ya, teramat penting, malah boleh saya katakan SUNAT MUAAKAD (ni hukum saya sendiri, bukan mufti :) ) bagi anda yang serius menjalankan bisnes online untuk jangkamasa panjang. Blog atau website inilah merupakan KEDAI MAYA anda di mana anda mempromosikan produk dan perkhidmatan anda. Tanpa kedai, macamana anda nak promosikan barangan anda?

Macamana nak bina blog? Ada macam-macam cara. cara paling mudah, upah saja pereka-pereka blog atau laman web professional. Mereka sememangnya berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam membangunkan blog. Dalam masa beberapa jam blog anda siap dibina. Tapi sila sediakan upahnya.. Kalau anda rajin dan ada masa, sebaiknya anda bina blog sendiri. Lagi puas hati dan menjimatkan. Anda boleh belajar banyak perkara dan kemahiran baru. Boleh rujuk kepada laman-laman web yang mengajar teknik membuat blog seperti http://teknikbuatblog.blogspot.com/, http://www.teknikblog.com/ dan lain-lain lagi. Blog saya ini, saya bangunkan sendiri. Taklah susah mana, asalkan kita ada passion nak belajar, isyAllah semuanya akan jadi indah dan menyeronokkan! Dah ada blog, pastikan anda hidupkan blog tu ya.. Hias cantik-cantik, kemas-kemas. Yang paling penting, rajin menulis entry dan mempromosikan produk anda di blog (pesanan untuk diri saya sendiri!)

3. PILIH MEDIUM SOSIAL UNTUK PEMASARAN
Pilih medium pemasaran yang sesuai untuk menjalankan bisnes online anda

Tak dapat dinafikan, Facebook buat masa sekarang mempunyai kuasa pemasaran yang paling hebat! Ini kerana, semua orang mempunyai facebook, bermula dari kanak-kanak sekolah hatta pak cik dan makcik yang berumur 80 tahun pun ada Facebook! Bagi yang serius berbisnes online, anda perlu memanfaatkan medium-medium sosial ini untuk memasarkan produk anda. Selain facebook, terdapat juga medium sosial yang lain seperti instagram, twitter, whatsapp, wechat, line dan maca-macam lagi. Semuanya ada kelebihan dan kekuatan masing-masing.

Berbalik kepada facebook, kalau boleh buka dua-dua sekali - Fanpage dan akaun personal khas untuk berniaga. Pengalaman saya, akaun personal lagi cepat menarik perhatian daripada fanpage. Mungkin akaun facebook personal membuatkan pelanggan rasa lebih dekat dan senang nak berkomunikasi dengan kita. Bila dah ada facebook tu, manfaatkanlah sebaik mungkin untuk mempromosikan diri dan produk anda. Elakkan bercerita tentang perkara-perkara negatif. Ceritakanlah kehebatan produk anda, testimoni pengguna dan lain-lain perkara yang difikirkan sesuai. Sebagai permulaan, iklankan produk pada kawan-kawan terdekat, adik beradik dan saudara-mara agar mereka tahu tentang perniagaan kita. Jadi, secara tidak langsung mereka ini boleh mempromosikan produk anda kepada orang lain.

Blog vs Facebook
Dua-dua sama penting, sama power! Blog untuk carian google manakala facebook untuk promosi pada orang-orang terdekat pada permulaan. Jangan lupa untuk meletakkan facebook badge di blog. jadi pelanggan yang datang dengan carian google, boleh ke akaun facebook anda.

3. IKLANKAN BLOG DAN WEBSITE
Yang ni paling penting dalam perniagaan online. Tak guna kita ada blog yang hebat dan mantap, tapi kita tak iklankan. Dalam bisnes online, kita sendiri yang kena iklankan kedai maya kita. Lainlah kedai nyata, apabila kita membuka kedai, orang sekeliling atau yang melalui jalan depan kedai kita akan tahu dan singgah di kedai kita. Tapi kalau kedai online, kalau kita tak promote, memang orang tak akan tau. Macamana nak iklankan blog kita? Nanti saya akan share beberapa TIPS yang best dan mudah untuk kita mengiklankan blog dan website kita.

Ok, itu sebahagian TIPS yang dapat saya kongsikan bagi anda yang ingin memulakan bisnes online. Mudah sahaja, yang penting kena berani! Kena rajin untuk mempelajari perkara baru dan bersedia untuk menerima perubahan dan pembaharuan. Kalau anda tidak bermula sekarang, memang anda akan kerugian! Sekiranya anda berminat untuk menjalankan bisnes Shaklee secara online, sila hubungi kami untuk mendaftar keahlian. Ramai yang berjaya menjadi kaya dan jutawan dengan menjalankan bisnes Shaklee secara online. Mana tahu, anda merupakan jutawan yang seterusnya. Hubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan.

Jumpa lagi!


Terima Kasih

07 October 2014

BONUS PERIBADI

Assalamualaikum wbt...

Bagi anda yang masih tercari-cari peluang perniagaan sama ada secara tetap atau sambilan, saya amat mengesyorkan Shaklee sebagai medium yang terbaik. Kenapa saya cadangkan Shaklee? Kerana Shaklee merupakan sebuah syarikat yang sangat TERKENAL dan STABIL dalam lapangan supplement untuk kesihatan, kecantikan dan isi rumah. Shaklee sememangnya terkenal dengan produknya yang berkualiti. Sesuai dengan mottonya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Shaklee sudah berada di Malaysia selama lebih 5 dekad lamanya. Penggunanya sudah melebihi 1 billion di Malaysia, menunjukkan pasarannya yang sangat luas. Selain itu, Shaklee juga menawarkan sistem perniagaan yang sangat menyeronokkan, mudah dan praktikal untuk kita pilih. Modal yang diperlukan amatlah KECIL jika dibandingkan dengan GANJARAN yang ditawarkan. Malah anda boleh memulakan bisnes Shaklee TANPA MODAL! Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tawaran dan ganjaran Shaklee, anda boleh baca di sini.

BONUS PERIBADI

"Kak, banyak ke Bonus Shaklee bagi?"
"Macamana nak kira bonus Shaklee ni"
"Senang tak nak dapat bonus?"

Tu soalan biasa yang ditanya bagi sesiapa yang baru nak mulakan bisnes Shaklee. Soalan PERTAMA yang biasa ditanya adalah tentang BONUS. Ya, BONUS!. Mestilah kan, sebab kita join bisnes ni nak dapatkan UNTUNG. Nak buat belanja harian, nak beli barang. Untung tulah yang kita panggil BONUS. So, kali ini saya akan bercerita tentang BONUS, lebih spesifik lagi BONUS PERIBADI.

Apa itu bonus peribadi? Bonus peribadi ialah bonus yang Shaklee beri kepada pengedar bergantung kepada jualan peribadinya. Jualan peribadi ini pula bergantung kepada nilai Unit Volume (UV) produk tersebu yang berjaya dicapai dalammasa sebulan. Contohnya B Complex - 13UV, Vitalea - 23UV, ESP 39UV dan lain-lain lagi. UV-uv ini dikira dan dikumpul setiap bulan, bermula 1hb sehingga 30/31hb. Pada 30/31hb setiap bulan, uv-uv ini akan dijumlahkan dan dari situlah bonus peribadi ditentukan.

Nak bagi mudah faham, anda boleh merujuk kepada grafik di bawah ini.


Sebagai contoh:

Jika anda membuat belian sebanyak RM480, UV terkumpul anda ialah 150uv. Anda akan diberi bonus sebanyak 5%, iaitu RM24.00 (lebih kurang)

Jika anda membuat belian sebanyak RM1920, UV terkumpul anda ialah 600uv. Anda akan diberi bonus sebanyak 11%, iaitu RM211.20 (lebih kurang)

Jika anda membuat belian sebanyak RM9600, UV terkumpul anda ialah 3000uv. Anda akan diberi bonus sebanyak 21%, iaitu RM2384.00 (lebih kurang). Sekiranya anda berjaya mencapai 3000uv dalam masa sebulan, anda akan dinaikkan pangkat daripada DISTRIBUTOR ke SUPERVISOR anda layak mendapat BONUS KENAIKAN PANGKAT iaitu RM368.00

Nampak tak? Semakin tinggi UV yang berjaya anda kumpul dalam masa sebulan, semakin tinggi BONUS yang anda terima. Untuk pengetahuan anda, bonus akan dimasukkan terus ke dalam akaun anda pada setiap 15hb setiap bulan. Menarikkan, bukan? Bonus di pertengahan bulan. Orang lain sibuk mencongak duit baki gaji yang tinggal, kita boleh tersenyum riang sebab dapat 'gaji' di tengah bulan.

ANDA NAK BONUS?
Mudah saja! langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah mendaftarkan diri sebagai pengedar Shaklee. Anda boleh ketahui cara mudah untuk mendaftar keahlian di sini. Ataupun terus menghubungi kami di melalui saluran-saluran berikut:

Sms / wassap: Razif (012-7973240) Wani (017-5359154)
Email: razifsaliman@gmail.com
Facebook: Noor Hazwani (klik sini)
Face-to-face: Lokasi pertemuan sekitar Baling @ Sungai Petani (weekend)

Sehingga ketemu lagi....


Salam Sayang,
Wani & Razif 

Terima Kasih

06 October 2014

MLM PATUH SHARIAH


Assalamualaikum wbt...

Salah satu perkara yang SANGAT PENTING untuk dipertimbangkan dalam pemilihan bisnes MLM adalah sistemnya... sama ada sistem itu menepati SYARIAH atau tidak. Banyak syarikat MLM di dunia ini memperkenalkan pelbagai sistem dengan tujuan untuk memancing orang ramai, tetapi persoalannya, adakah ianya mematuhi syariah sepenuhnya. 

Penting ka patuh syariah ni?? Mestilah! Sebagai seorang muslim yang patuh pada agamanya, persoalan tentang halal dan haram perlu diambil kira dalam sesuatu perniagaan. Ini kerana, hasil daripada sesuatu perniagaan itu akan digunakan untuk kegunaan kita seharian seperti membeli makanan, pakaian, menyara keluarga dan pelbagai lagi bentuk perbelanjaan. Sekiranya kita memperolehi sumber rezeki daripada cara yang tidak halal, adakah berkat rezeki yang kita terima?? 

Saya sendiri pada awalnya seorang yang anti-MLM dek kerana sistemnya yang entah apa-apa entah. Kebanyakannya MLM yang saya kenali memang tak patuh syariah, banyak penindasan dan berlaku ketidakadilan kepada pihak-pihak tertentu. Kebanyakannya hanya menguntungkan orang atasan saja, dan menindas orang bawahan. Tapi, setelah mengenali Shaklee, persepsi saya berubah. Sudah semestinya saya mengkaji terlebih dahulu dengan mendalam sistem MLM Shaklee. Akhirnya saya berpuas hati dengan sistem MLM Shaklee dan mengambil keputusan untuk terlibat secara serius dengan bisnes.

Ok, jom semak kriteria MLM patuh syariah yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. Artikel penuh boleh baca di sini :

Bagi menjawab persoalan berkaitan sistem MLM, di sini saya gariskan beberapa jawapan ringkas bagi menunjukkan sistem MLM yang digunapakai dalam bisnes Shaklee.

1. Harga tinggi dari biasa
Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM81 untuk 120 biji iaitu RM0.70 sebiji. Harga ahli adalah lebih rendah daripada itu.

2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.
Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semua produknya yang terdapat di Malaysia mendapat pengiktirafan halal oleh Ismaic Society of America (ISA) yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tiada paksaan pembelian atau penggunaan. 



3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). 
Produk Shaklee dikenali lebih 60 tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Sains Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. 

4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 
Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.

5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Jangan harapkan kuantiti anak, tetapi juga perlu menitikberatkan kualiti.



6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
Tiada sebarang komisen atau bonus yang diberikan kepada upline sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat. Komisen hanya diberikan sekiranya seseorang downline membuat belian yang mencukupi syarat

7. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh?
Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih daripada itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal.



9. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung



10. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee



11. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi
Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas

Saya sangat berpuas hati dengan bisnes Shaklee kerana sistemnya yang sememangnya hampir memenuhi kriteria-kriteria sebuah MLM yang patuh Syariah. Sebab itulah saya tidak ragu-ragu dan yakin bisnes Shaklee akan bertahan lama kerana sistemnya yang adil dan tidak menindas sebelah pihak. Anda yang masih ragu, boleh hubungi saya untuk mendapatkan kepastian. InsyAllah, saya akan cuba merungkaikan kekusutan yang membelenggu fikiran anda.


Salam Sayang,
Razif & Wani

Terima Kasih

GANJARAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua!

Apa khabar anda hari ini? Didoakan semoga anda semua sihat ceria bahagia bersama-sama dengan insan yang tersayang. Tak kiralah apapun pekerjaan anda, pastikan KELUARGA diletakkan di tempat PERTAMA. Sebab bagi saya keluarga merupakan sumber kebahagian kita selepas Allah dan Rasul.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang PELUANG & GANJARAN yang Shaklee tawarkan. Tawaran ini terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang berumu 18 tahun ke atas sahaja. Dan yang paling penting , mestilah menjadi AHLI SHAKLEE yang sah. Bagaimana ingin menjadi ahli Shaklee yang Sah? Anda boleh baca di entri saya di sini.




Secara umumnya, Shaklee menawarkan 3 ganjaran utama yang dipanggil 3C – CASH, CAR & CONVENTION. 3C ini memang menjadi TARGET bagi sesiapa yang serius berbisnes dengan Shaklee. Jom kita baca huraian ringkas tentang 3C ini satu persatu.

1. CASH




Cash diberi dalam bentuk duit (RM). Bergantung kepada jualan, cash akan diberikan setiap bulan yang dipanggil BONUS. Bonus dalam Shaklee amatlah banyak. Mari kita lihat, apakah BONUS yang Shaklee tawarkan.

BONUS PERIBADI - Bonus yang diberikan berdasarkan jualan peribadi. Semakin tinggi jualan, semakin tinggi % bonus yang shaklee tawarkan. % bonus yang ditawarkan bermula dari 5% sehinggalah yang paling tinggi 21%. Boleh baca di sini.

BONUS KUMPULAN - Bonus yang diberikan sekiranya kita mempunyai downlines yang aktif berbisnes. Bonus ini ibarat upah yang Shaklee bagi kepada kita kerana kita memperkenalkan dan memimpin downline kita berbisnes. Dalam bisnes MLM, biasanya bonus ini dikenali sebagai bonus overriding.

BONUS KEPIMPINAN - Bonus ini diberikan sekiranya downline kita telah mencapai rank/pangkat minimum yang Shaklee tetapkan. % bonus kepimpinan ini diberikan bergantung kepada level downlines kita.

BONUS KENAIKAN PANGKAT - Bonus ini Shaklee bagi one-shot sebagai menghargai penat lelah dan usaha kita kerana bertungkus lumus untuk naik pangkat. Bergantung kepada pangkat, semakin tinggi pangkat yang kita capai, maka semakin tinggi bonus yang Shaklee bagi.

BONUS COORDINATOR, KEY COORDINATOR & MASTER COORDINATOR - Bonus ini diberikan hanya setelah kita mencapai rank yang dinyatakan.




2. CAR 


CAR BONUS @ BONUS KERETA yang Shaklee tawarkan memang berbeza dengan sistem MLM yang lain. Bonus kereta ni Shaklee tak bagipun kereta kat kita, sebaliknya Shaklee bagi extra CASH kepada kita. Terpulang kita nak buat apa dengan cash ni. Nak beli kereta boleh, taknak beli keretapun takpa, nak beli kapal terbang pun boleh.. haha. 



3. CONVENTION 



Juga dikenali sebagai sebagai lawatan @ percutian. Ganjaran ini ditawarkan setelah kita mencapai target tertentu yang Shaklee tetapkan dalam tempoh 1 tahun. Ada 2 jenis lawatan yang Shaklee tawarkan, iaitu ANTARABANGSA & TEMPATAN.

ANTARABANGSA - Kita boleh memilih sama ada ingin pergi ke UMRAH @ LUAR NEGARA yang Shaklee tetapkan. Tahun 2014, lawatan antarabangsa Shaklee adalah ke California, USA. Tahun depan 2015 ialah Italy. Sudah semestinya kesemua lawatan ini ditaja sepenuhnya oleh Shaklee, bermula daripada penginapan, tiket kapal terbang, makanan, hotel dan duit poket... Percutian 6 bintang you! Bestnya! 

TEMPATAN - Lawatan ini hanya untuk tempat-tempat di dalam Malaysia. Ok jugak, sebab FREE. haha

See... banyakkan bonus ganjaran menarik yang Shaklee offer. Sebab tu ramai orang yang terbeliak biji mata bila tengok tawaran Shaklee ni. Dan sebenarnya ramai yang telah menikmati kesemua ganjaran yang Shaklee tawarkan. Doakan semoga saya juga akan dapat merasa semua ganjaran tu satu hari nanti. Teringin rasanya nak pergi melancong ke luar negara secara percuma. Nak pergi umrah yang ditaja... Waah.. bestnya!

So, tunggu apa lagi kawan? Masih ragu-ragu lagikah? Haiiyyaa... orang sudah maju ke depan, lu masih fikir lagi kaa... Segeralah mendaftar menjadi ahli Shaklee dan mulakan membina IMPIAN anda bersama Shaklee. Hubungi saya segera untuk urusan pendaftaran.

Wani
SMS/WASSAP 017-5359154




Terima Kasih