11 October 2014

TIPS MEMULAKAN BISNES ONLINE

Assalamualaikum semua!

Diam tak diam dah hampir 2 tahun saya menjalankan perniagaan Shaklee. Cepat sungguh masa berlalu. Saya yang dulunya hanya berniat untuk menjadi pengguna tegar sahaja akhirnya menukar haluan daripada user dan seller. Masa dalam fasa user dulu, saya hanya makan supplement untuk kegunaan diri sendiri. Tak terfikirpun untuk berbisnes. Tapi lama kelamaan, dek kerana terpengaruh dengan kehebatan Shaklee, saya mula berfikir untuk berkongsi kebaikan yang saya dapat dengan Shaklee. Apa yang saya dah dapat dengan Shaklee?? Sudah tentulah KESIHATAN YANG LEBIH BAIK dan PELUANG UNTUK MENJADI JUTAWAN DERMAWAN. 

Setelah saya mula serius berbisnes, maka sel-sel otak saya mulalah berhubung. Saya mencari alternatif untuk memastikan saya dapat menjalankan perniagaan saya dengan cara yang MUDAH, FLEKSIBEL dan dalam masa yang sama MENGUNTUNGKAN! Yes, akhirnya terhasillah blog ini.. www.kasihummi.com sebagai medium untuk saya menjalankan perniagaan atas talian @ bisnes online.

Kenapa saya memilih bisnes online??
Banyak sebab dan kelebihan bisnes online ni berbanding bisnes offline atau konvensional. Jom kita lihat apa kelebihan bisnes online ni:

1. Tak perlu sewa kedai - Kedai kita hanya di alam maya. Promosi barang semua dibuat secara online. 
2. Tak perlu ikut arahan majikan - Takde siapa yang suka diarah. Dengan adanya bisnes online, saya bebas meniaga mengikut masa dan fleksibiliti saya. Saya bos, suka hati sayalah nak buat apa.. Haha
3. Tak perlu gajikan pekerja - Kita seorang saja boleh menjalankan perniagaan ni. Tak payah pening kepala nak cari pekerja, bayar gaji, bayar KWSP, SOCSO dan 1001 hal yang memeningkan 
4. Pasaran yang luas - Semestinya nilah perkara yang paling utama. Dengan adanya kedai online, produk kita dapat dipasarkan ke serata dunia tanpa sempadan. Lebih ramai orang boleh mengunjungi kedai online kita dan hasilnya lebih banyak jualan dan keuntungan yang bakal diperolehi. Kalau berniaga offline, pasaran kita terhad kepada tempat di mana kita berada sahaja.

Persoalan-persoalan yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan bisnes online

BAGAIMANA NAK MULA BISNES ONLINE?

Di sini saya akan kongsikan kepada anda beberapa TIPS penting sebelum anda berhasrat untuk memulakan perniagaan online anda.

1. PILIH PRODUK UNTUK DINIAGAKAN
Nak meniaga mestilah ada produk. Kalau tak jual produk, kita tawarkan perniagaan berbetuk servis atau perkhidmatan. Takkan la nak meniaga, tapi takde produk. Berniaga tanpa produk atau perkhidmatan, HARAM hukumnya.. Kalau boleh, cari produk yang unik dan ramai orang suka. Dalam kes saya, saya memilih Shaklee kerana produknya yang bagus dan berkualiti. Supplement dan vitamin merupakan produk yang selalu orang cari (rakyat Malaysia ramai yang berpenyakit!). Boleh dikatakan, produk Shaklee merupakan barangan harian yang sememangnya menjadi perhatian kepada pengguna-pengguna di luar sana. Biasanya supplement orang guna untuk tempoh sebulan dua, paling lama maybe 3 bulan. Lepas habis supplement, mesti pelanggan akan cari kita balik untuk repeat order.

2. BINA BLOG ATAU WEBSITE
Pentingkah blog? Ya, teramat penting, malah boleh saya katakan SUNAT MUAAKAD (ni hukum saya sendiri, bukan mufti :) ) bagi anda yang serius menjalankan bisnes online untuk jangkamasa panjang. Blog atau website inilah merupakan KEDAI MAYA anda di mana anda mempromosikan produk dan perkhidmatan anda. Tanpa kedai, macamana anda nak promosikan barangan anda?

Macamana nak bina blog? Ada macam-macam cara. cara paling mudah, upah saja pereka-pereka blog atau laman web professional. Mereka sememangnya berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam membangunkan blog. Dalam masa beberapa jam blog anda siap dibina. Tapi sila sediakan upahnya.. Kalau anda rajin dan ada masa, sebaiknya anda bina blog sendiri. Lagi puas hati dan menjimatkan. Anda boleh belajar banyak perkara dan kemahiran baru. Boleh rujuk kepada laman-laman web yang mengajar teknik membuat blog seperti http://teknikbuatblog.blogspot.com/, http://www.teknikblog.com/ dan lain-lain lagi. Blog saya ini, saya bangunkan sendiri. Taklah susah mana, asalkan kita ada passion nak belajar, isyAllah semuanya akan jadi indah dan menyeronokkan! Dah ada blog, pastikan anda hidupkan blog tu ya.. Hias cantik-cantik, kemas-kemas. Yang paling penting, rajin menulis entry dan mempromosikan produk anda di blog (pesanan untuk diri saya sendiri!)

3. PILIH MEDIUM SOSIAL UNTUK PEMASARAN
Pilih medium pemasaran yang sesuai untuk menjalankan bisnes online anda

Tak dapat dinafikan, Facebook buat masa sekarang mempunyai kuasa pemasaran yang paling hebat! Ini kerana, semua orang mempunyai facebook, bermula dari kanak-kanak sekolah hatta pak cik dan makcik yang berumur 80 tahun pun ada Facebook! Bagi yang serius berbisnes online, anda perlu memanfaatkan medium-medium sosial ini untuk memasarkan produk anda. Selain facebook, terdapat juga medium sosial yang lain seperti instagram, twitter, whatsapp, wechat, line dan maca-macam lagi. Semuanya ada kelebihan dan kekuatan masing-masing.

Berbalik kepada facebook, kalau boleh buka dua-dua sekali - Fanpage dan akaun personal khas untuk berniaga. Pengalaman saya, akaun personal lagi cepat menarik perhatian daripada fanpage. Mungkin akaun facebook personal membuatkan pelanggan rasa lebih dekat dan senang nak berkomunikasi dengan kita. Bila dah ada facebook tu, manfaatkanlah sebaik mungkin untuk mempromosikan diri dan produk anda. Elakkan bercerita tentang perkara-perkara negatif. Ceritakanlah kehebatan produk anda, testimoni pengguna dan lain-lain perkara yang difikirkan sesuai. Sebagai permulaan, iklankan produk pada kawan-kawan terdekat, adik beradik dan saudara-mara agar mereka tahu tentang perniagaan kita. Jadi, secara tidak langsung mereka ini boleh mempromosikan produk anda kepada orang lain.

Blog vs Facebook
Dua-dua sama penting, sama power! Blog untuk carian google manakala facebook untuk promosi pada orang-orang terdekat pada permulaan. Jangan lupa untuk meletakkan facebook badge di blog. jadi pelanggan yang datang dengan carian google, boleh ke akaun facebook anda.

3. IKLANKAN BLOG DAN WEBSITE
Yang ni paling penting dalam perniagaan online. Tak guna kita ada blog yang hebat dan mantap, tapi kita tak iklankan. Dalam bisnes online, kita sendiri yang kena iklankan kedai maya kita. Lainlah kedai nyata, apabila kita membuka kedai, orang sekeliling atau yang melalui jalan depan kedai kita akan tahu dan singgah di kedai kita. Tapi kalau kedai online, kalau kita tak promote, memang orang tak akan tau. Macamana nak iklankan blog kita? Nanti saya akan share beberapa TIPS yang best dan mudah untuk kita mengiklankan blog dan website kita.

Ok, itu sebahagian TIPS yang dapat saya kongsikan bagi anda yang ingin memulakan bisnes online. Mudah sahaja, yang penting kena berani! Kena rajin untuk mempelajari perkara baru dan bersedia untuk menerima perubahan dan pembaharuan. Kalau anda tidak bermula sekarang, memang anda akan kerugian! Sekiranya anda berminat untuk menjalankan bisnes Shaklee secara online, sila hubungi kami untuk mendaftar keahlian. Ramai yang berjaya menjadi kaya dan jutawan dengan menjalankan bisnes Shaklee secara online. Mana tahu, anda merupakan jutawan yang seterusnya. Hubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan.

Jumpa lagi!


Terima Kasih

Komen
0 Komen

No comments: