12 October 2014

MENGAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, hujan renyai-rengai turun membasahi bumi Kupang ini. Suasana petang yang sejuk dan mendamaikan membuatkan saya terpanggil untuk menulis di blog. Hujan yang turun, mudah-mudahan padanya ada rahmat dan kebesaran Allah Taala. Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan redha dengan kurniaanNya.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua mengapa saya memilih Shaklee sebagai bisnes part-time. Dalam banyak-banyak bisnes, mengapa Shaklee yang menjadi pilihan saya. Kenapa tidak bisnes X, kenapa tak join bisnes Y, kenapa mesti Shaklee? Apa yang bestnya bisnes Shaklee ni sehingga berjaya menukar persepsi saya daripada seorang pengguna kepada seorang usahawan? Apa wow-factor Shaklee yang berjaya merubah dimensi dan pemikiran saya daripada seorang yang anti MLM kepada pejuang MLM Shaklee.

Kalau nak disenaraikan satu persatu, memang sangat banyak. Anda boleh membaca beberapa entry saya sebelum ini seperti BESTNYA MENJADI AHLI SHAKLEE, GANJARAN SHAKLEE dan lain-lain lagi. Dalam entry itu diterangkan dengan panjang lebar tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee, apa yang Shaklee tawarkan dan bermacam-macam lagi. Tapi hari ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang apa yang uniknya bisnes Shaklee sehingga membuatkan saya jatuh hati dan setia dengannya.



1. Produk yang berkualiti
Bukan nak memuji, tapi saya merasakan dalam senarai produk-produk makanan tambahan yang terdapat di pasaran, produk Shaklee yang paling berkesan, dengan izin Allah Taala semestinya. Banyak masalah kesihatan yang berjaya diatasi dengan berkat mengamalkan Shaklee (lagi sekali, dengan izin Allah Taala). Saya sendiri sangat berpuas hati dengan produk set menyusu Shaklee yang berjaya membantu saya menyusukan anak kedua saya Naurah Salsabila selama hampir 2 tahun. Produk Shaklee berjaya menurunkan paras gula darah suami saya setelah masalah kencing manisnya tak kurang-kurang walaupun mengamalkan ubat hospital sepenuhnya. Produk Shaklee membantu mak saya mengatasi masalah kolesterol dan darah tingginya, abah saya dengan masalah goutnya. Dan ramai customer yang berjaya dibantu setelah mengamalkan Shaklee dengan konsisten. Alhamdulillah, saya rasa seronok dan berpuas hati, lantaran itulah saya berhasrat untuk membantu lebih ramai lagi insan-insan yang memerlukan di luar sana.

2. Sistem MLM yang telus, adil dan menepati kehendak Syariah
Banyak sistem MLM yang saya temui menunjukkan berlaku ketidakadilan dan penindasan kepada salah satu pihak. Banyak yang hanya menguntungkan orang atasan dan berlaku penindasan kepada orang bawahan. Tetapi di Shaklee, itu semua tidak berlaku. Tiada istilah orang atasan goyang kaki dan makan hasil titik peluh orang bawahan. Orang atasan tidak mendapat apa-apa dengan hanya menaja ahli baru. Sebaliknya dengan membimbing, melatih dan memberi tunjuk ajar kepada downline, barulah anda menikmati 'upah' anda. Berbezanya Shaklee ni, 'upah' yang Shaklee bayar ini bukan diambil daripada hasil jualan downline kita, sebaliknya Shaklee memberikan bahagian lain daripada keuntungan syarikat kepada kita. Downline kita layak mendapat 100% keuntungan hasil penat lelahnya tanpa rasa sakit hati dek kerana sebahagian bonusnya perlu dibagi kepada orang atasan. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang bisnes MLM Shaklee di sini.

3. Bisnes yang fleksibel 
Dalam Shaklee, semuanya bagi saya sangat fleksibel. Tidak perlu pergi ke kelas dan seminar, tidak perlu keluar rumah untuk mencari prospek, tidak perlu meninggalkan anak-anak dan suami. Sayalah bos, sayalah pekerja. Semuanya atas masa dan kelapangan saya. Bisnes semua 100% online, bermula daripada mencari pelanggan, memesan barang, coaching dan mentoring, semuanya menggunakan kemudahan di hujung jari. Ada kelas-kelas disediakan secara PERCUMA tanpa bayaran Shaklee anjurkan, terpulang sama ada kita hendak pergi atau tidak, tiada paksaan. Tapi biasanya kelas dibuat secara online menggunakan medium whatsapp, facebook dan telegram. Sambil menyusukan anak, sambil melipat baju, sambil memasak, sambil tengok tv, kita masih boleh hadir ke kelas dan menimba ilmu. Mudah bukan?

4. Modal yang rendah
Dengan hanya bermodalkan rm65.00 seumur hidup, anda boleh menjadi pengedar Shaklee yang sah dan menikmati kesemua ganjaran yang Shaklee tawarkan. Kalau upline saya kata, nak mulakan bisnes Shaklee kena bayar RM1000, saya mesti fikir panjang sebelum kata nak join sebab modal yang tinggi. Bukan kata RM1000, RM100 pun belum tentu saya nak join, sebab bagi saya duit sangat berharga! Tapi disebabkan modalnya yang rendah, dan tak perlu pulak memperbaharui keahlian setiap tahun, saya rasa tak rugi manapun. No harm to try dan Alhamdulillah, setelah 2 bulan aktif berbisnes, saya mendapat balik modal saya. Tak sia-sia saya join bisnes Shaklee.

5. Mesra keluarga
Bisnes Shaklee memang family Oriented! Sekiranya anda berpeluang menghadiri mana-mana event Shaklee, anda akan terdengar hiruk-pikuk kanak-kanak riang berlari ke sana sini, anak-anak menangis sesuka hati, ibu-ibu mendokong bayi, bapa-bapa menolak stroller dan 1001 macam aksi dan ragam si kecil yang mencuit hati. Tidak ada sekatan untuk membawa anak-anak ke event Shaklee. Ini yang membuatkan saya jatuh cinta. Saya bebas bersama-sama family saya. Tak perlu risau memikirkan ke mana harus saya tinggalkan mereka sekiranya saya ingin hadir ke event Shaklee.

6. Ukhuwwah yang manis
Dalam Shaklee, kami ibarat adik beradik. Takde istilah bos dan pekerja. Upline, downline dan sideline sama-sama berusaha untuk saling membantu. Banyak tips, sharing dan pengalaman kami kongsikan. Tak lupa juga ilmu-ilmu kesihatan, marketing plan, bisnes tips dan bermacam-macam lagi. Walaupun hanya bertemu di alam maya, namun terasa kemanisan ukhuwwah sesama kami. Ukhuwwah inilah yang menjadikan kami kuat dan bertahan dengan cabaran dan dugaan bisnes.

Banyak lagi yang boleh saya kongsikan mengapa saya memilih Shaklee. 6 sebab di atas rasanya sudah cukup membuatkan saya teruja dan sentiasa bersemangat untuk berkongsi kebaikan Shaklee dengan anda. Jom semua bersama-sama saya menerajui bisnes Shaklee yang sangat best ini. Saya yakin anda takkan menyesal! 


Salam Sayang,
Wani dan Razif
Pengedar Shaklee Malaysia
call/sms/whatsapp: 017-5359154

Terima Kasih

Komen
0 Komen

No comments: