05 October 2014

BERJAYA DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum dan Salam AidilAdha 1435H

Semalaman saya cuba mengggodeh blog saya, mencari template yang sesuai, cantik dan kemas. Tema blog lama bukanlah tak cantik dan canggih. Tapi dek kerana banyak aplikasi yang seolah-olah tak berfungsi, maka saya nekad untuk menukar kepada tema yang baru. Hasilnya seperti yang anda lihat sekarang.. Of course, masih banyak lagi kekurangan sebab baru setup. Banyak yang telah saya buat apa blog ni sebelum ini turut hilang.. bersama hilangnya tema yang baru.. sigh.. huhhh..

Dalam kepala saya ni berbillion-bilion idea datang mencurah untuk ditulis di dalam blog ini. Banyak sangat..... sampai tak tahu nak mula cerita yang mana satu. Apa yang pasti, selepas ini saya akan cuba memberi nafas baru kepada blog ni, insyAllah. Saya akan lebih bercerita secara santai tentang kehidupan saya, keluarga  bersama Shaklee. Banyak sebenarnya kehidupan kami yang telah berubah semenjak dipertemukan dengan Shaklee. Semestinya semua perubahan adalah POSITIVE yang memberi nilai tambah kepada kehidupan kami dan orang-orang di sekeliling kami. Alhamdulillah, walaupun dipertemukan dengan Shaklee secara negatif (setelah menghidap diabetes), namun perancangan Allah Maha Teliti. Sesuatu yang negatif itu telah bertukar menjadi POSITIF, malah turut menjangkiti orang lain juga.

Azam saya, untuk lebih kaya dan berjaya dengan Shaklee. Berjaya untuk memperbaiki kualiti hidup kami sekeluarga dan membantu ramai lagi orang-orang diluar sana untuk berjaya bersama-sama kami. Jangan diukur nilai kejayaan itu dengan berapa banyak harta yang kita ada, sebaliknya ukurlah kejayaan itu dengan seberapa banyak harta yang kita beri. Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima?? 

Jom semua, kita menuju KEJAYAAN! KEJAYAAN itu hak milik setiap insan!

Master2b
Razif & Wani



Terima Kasih

Komen
0 Komen

No comments: