Showing posts with label GANJARAN SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label GANJARAN SHAKLEE. Show all posts

12 October 2014

MENGAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, hujan renyai-rengai turun membasahi bumi Kupang ini. Suasana petang yang sejuk dan mendamaikan membuatkan saya terpanggil untuk menulis di blog. Hujan yang turun, mudah-mudahan padanya ada rahmat dan kebesaran Allah Taala. Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan redha dengan kurniaanNya.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua mengapa saya memilih Shaklee sebagai bisnes part-time. Dalam banyak-banyak bisnes, mengapa Shaklee yang menjadi pilihan saya. Kenapa tidak bisnes X, kenapa tak join bisnes Y, kenapa mesti Shaklee? Apa yang bestnya bisnes Shaklee ni sehingga berjaya menukar persepsi saya daripada seorang pengguna kepada seorang usahawan? Apa wow-factor Shaklee yang berjaya merubah dimensi dan pemikiran saya daripada seorang yang anti MLM kepada pejuang MLM Shaklee.

Kalau nak disenaraikan satu persatu, memang sangat banyak. Anda boleh membaca beberapa entry saya sebelum ini seperti BESTNYA MENJADI AHLI SHAKLEE, GANJARAN SHAKLEE dan lain-lain lagi. Dalam entry itu diterangkan dengan panjang lebar tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee, apa yang Shaklee tawarkan dan bermacam-macam lagi. Tapi hari ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang apa yang uniknya bisnes Shaklee sehingga membuatkan saya jatuh hati dan setia dengannya.



1. Produk yang berkualiti
Bukan nak memuji, tapi saya merasakan dalam senarai produk-produk makanan tambahan yang terdapat di pasaran, produk Shaklee yang paling berkesan, dengan izin Allah Taala semestinya. Banyak masalah kesihatan yang berjaya diatasi dengan berkat mengamalkan Shaklee (lagi sekali, dengan izin Allah Taala). Saya sendiri sangat berpuas hati dengan produk set menyusu Shaklee yang berjaya membantu saya menyusukan anak kedua saya Naurah Salsabila selama hampir 2 tahun. Produk Shaklee berjaya menurunkan paras gula darah suami saya setelah masalah kencing manisnya tak kurang-kurang walaupun mengamalkan ubat hospital sepenuhnya. Produk Shaklee membantu mak saya mengatasi masalah kolesterol dan darah tingginya, abah saya dengan masalah goutnya. Dan ramai customer yang berjaya dibantu setelah mengamalkan Shaklee dengan konsisten. Alhamdulillah, saya rasa seronok dan berpuas hati, lantaran itulah saya berhasrat untuk membantu lebih ramai lagi insan-insan yang memerlukan di luar sana.

2. Sistem MLM yang telus, adil dan menepati kehendak Syariah
Banyak sistem MLM yang saya temui menunjukkan berlaku ketidakadilan dan penindasan kepada salah satu pihak. Banyak yang hanya menguntungkan orang atasan dan berlaku penindasan kepada orang bawahan. Tetapi di Shaklee, itu semua tidak berlaku. Tiada istilah orang atasan goyang kaki dan makan hasil titik peluh orang bawahan. Orang atasan tidak mendapat apa-apa dengan hanya menaja ahli baru. Sebaliknya dengan membimbing, melatih dan memberi tunjuk ajar kepada downline, barulah anda menikmati 'upah' anda. Berbezanya Shaklee ni, 'upah' yang Shaklee bayar ini bukan diambil daripada hasil jualan downline kita, sebaliknya Shaklee memberikan bahagian lain daripada keuntungan syarikat kepada kita. Downline kita layak mendapat 100% keuntungan hasil penat lelahnya tanpa rasa sakit hati dek kerana sebahagian bonusnya perlu dibagi kepada orang atasan. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang bisnes MLM Shaklee di sini.

3. Bisnes yang fleksibel 
Dalam Shaklee, semuanya bagi saya sangat fleksibel. Tidak perlu pergi ke kelas dan seminar, tidak perlu keluar rumah untuk mencari prospek, tidak perlu meninggalkan anak-anak dan suami. Sayalah bos, sayalah pekerja. Semuanya atas masa dan kelapangan saya. Bisnes semua 100% online, bermula daripada mencari pelanggan, memesan barang, coaching dan mentoring, semuanya menggunakan kemudahan di hujung jari. Ada kelas-kelas disediakan secara PERCUMA tanpa bayaran Shaklee anjurkan, terpulang sama ada kita hendak pergi atau tidak, tiada paksaan. Tapi biasanya kelas dibuat secara online menggunakan medium whatsapp, facebook dan telegram. Sambil menyusukan anak, sambil melipat baju, sambil memasak, sambil tengok tv, kita masih boleh hadir ke kelas dan menimba ilmu. Mudah bukan?

4. Modal yang rendah
Dengan hanya bermodalkan rm65.00 seumur hidup, anda boleh menjadi pengedar Shaklee yang sah dan menikmati kesemua ganjaran yang Shaklee tawarkan. Kalau upline saya kata, nak mulakan bisnes Shaklee kena bayar RM1000, saya mesti fikir panjang sebelum kata nak join sebab modal yang tinggi. Bukan kata RM1000, RM100 pun belum tentu saya nak join, sebab bagi saya duit sangat berharga! Tapi disebabkan modalnya yang rendah, dan tak perlu pulak memperbaharui keahlian setiap tahun, saya rasa tak rugi manapun. No harm to try dan Alhamdulillah, setelah 2 bulan aktif berbisnes, saya mendapat balik modal saya. Tak sia-sia saya join bisnes Shaklee.

5. Mesra keluarga
Bisnes Shaklee memang family Oriented! Sekiranya anda berpeluang menghadiri mana-mana event Shaklee, anda akan terdengar hiruk-pikuk kanak-kanak riang berlari ke sana sini, anak-anak menangis sesuka hati, ibu-ibu mendokong bayi, bapa-bapa menolak stroller dan 1001 macam aksi dan ragam si kecil yang mencuit hati. Tidak ada sekatan untuk membawa anak-anak ke event Shaklee. Ini yang membuatkan saya jatuh cinta. Saya bebas bersama-sama family saya. Tak perlu risau memikirkan ke mana harus saya tinggalkan mereka sekiranya saya ingin hadir ke event Shaklee.

6. Ukhuwwah yang manis
Dalam Shaklee, kami ibarat adik beradik. Takde istilah bos dan pekerja. Upline, downline dan sideline sama-sama berusaha untuk saling membantu. Banyak tips, sharing dan pengalaman kami kongsikan. Tak lupa juga ilmu-ilmu kesihatan, marketing plan, bisnes tips dan bermacam-macam lagi. Walaupun hanya bertemu di alam maya, namun terasa kemanisan ukhuwwah sesama kami. Ukhuwwah inilah yang menjadikan kami kuat dan bertahan dengan cabaran dan dugaan bisnes.

Banyak lagi yang boleh saya kongsikan mengapa saya memilih Shaklee. 6 sebab di atas rasanya sudah cukup membuatkan saya teruja dan sentiasa bersemangat untuk berkongsi kebaikan Shaklee dengan anda. Jom semua bersama-sama saya menerajui bisnes Shaklee yang sangat best ini. Saya yakin anda takkan menyesal! 


Salam Sayang,
Wani dan Razif
Pengedar Shaklee Malaysia
call/sms/whatsapp: 017-5359154

Terima Kasih

07 October 2014

BONUS PERIBADI

Assalamualaikum wbt...

Bagi anda yang masih tercari-cari peluang perniagaan sama ada secara tetap atau sambilan, saya amat mengesyorkan Shaklee sebagai medium yang terbaik. Kenapa saya cadangkan Shaklee? Kerana Shaklee merupakan sebuah syarikat yang sangat TERKENAL dan STABIL dalam lapangan supplement untuk kesihatan, kecantikan dan isi rumah. Shaklee sememangnya terkenal dengan produknya yang berkualiti. Sesuai dengan mottonya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Shaklee sudah berada di Malaysia selama lebih 5 dekad lamanya. Penggunanya sudah melebihi 1 billion di Malaysia, menunjukkan pasarannya yang sangat luas. Selain itu, Shaklee juga menawarkan sistem perniagaan yang sangat menyeronokkan, mudah dan praktikal untuk kita pilih. Modal yang diperlukan amatlah KECIL jika dibandingkan dengan GANJARAN yang ditawarkan. Malah anda boleh memulakan bisnes Shaklee TANPA MODAL! Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tawaran dan ganjaran Shaklee, anda boleh baca di sini.

BONUS PERIBADI

"Kak, banyak ke Bonus Shaklee bagi?"
"Macamana nak kira bonus Shaklee ni"
"Senang tak nak dapat bonus?"

Tu soalan biasa yang ditanya bagi sesiapa yang baru nak mulakan bisnes Shaklee. Soalan PERTAMA yang biasa ditanya adalah tentang BONUS. Ya, BONUS!. Mestilah kan, sebab kita join bisnes ni nak dapatkan UNTUNG. Nak buat belanja harian, nak beli barang. Untung tulah yang kita panggil BONUS. So, kali ini saya akan bercerita tentang BONUS, lebih spesifik lagi BONUS PERIBADI.

Apa itu bonus peribadi? Bonus peribadi ialah bonus yang Shaklee beri kepada pengedar bergantung kepada jualan peribadinya. Jualan peribadi ini pula bergantung kepada nilai Unit Volume (UV) produk tersebu yang berjaya dicapai dalammasa sebulan. Contohnya B Complex - 13UV, Vitalea - 23UV, ESP 39UV dan lain-lain lagi. UV-uv ini dikira dan dikumpul setiap bulan, bermula 1hb sehingga 30/31hb. Pada 30/31hb setiap bulan, uv-uv ini akan dijumlahkan dan dari situlah bonus peribadi ditentukan.

Nak bagi mudah faham, anda boleh merujuk kepada grafik di bawah ini.


Sebagai contoh:

Jika anda membuat belian sebanyak RM480, UV terkumpul anda ialah 150uv. Anda akan diberi bonus sebanyak 5%, iaitu RM24.00 (lebih kurang)

Jika anda membuat belian sebanyak RM1920, UV terkumpul anda ialah 600uv. Anda akan diberi bonus sebanyak 11%, iaitu RM211.20 (lebih kurang)

Jika anda membuat belian sebanyak RM9600, UV terkumpul anda ialah 3000uv. Anda akan diberi bonus sebanyak 21%, iaitu RM2384.00 (lebih kurang). Sekiranya anda berjaya mencapai 3000uv dalam masa sebulan, anda akan dinaikkan pangkat daripada DISTRIBUTOR ke SUPERVISOR anda layak mendapat BONUS KENAIKAN PANGKAT iaitu RM368.00

Nampak tak? Semakin tinggi UV yang berjaya anda kumpul dalam masa sebulan, semakin tinggi BONUS yang anda terima. Untuk pengetahuan anda, bonus akan dimasukkan terus ke dalam akaun anda pada setiap 15hb setiap bulan. Menarikkan, bukan? Bonus di pertengahan bulan. Orang lain sibuk mencongak duit baki gaji yang tinggal, kita boleh tersenyum riang sebab dapat 'gaji' di tengah bulan.

ANDA NAK BONUS?
Mudah saja! langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah mendaftarkan diri sebagai pengedar Shaklee. Anda boleh ketahui cara mudah untuk mendaftar keahlian di sini. Ataupun terus menghubungi kami di melalui saluran-saluran berikut:

Sms / wassap: Razif (012-7973240) Wani (017-5359154)
Email: razifsaliman@gmail.com
Facebook: Noor Hazwani (klik sini)
Face-to-face: Lokasi pertemuan sekitar Baling @ Sungai Petani (weekend)

Sehingga ketemu lagi....


Salam Sayang,
Wani & Razif 

Terima Kasih

06 October 2014

GANJARAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua!

Apa khabar anda hari ini? Didoakan semoga anda semua sihat ceria bahagia bersama-sama dengan insan yang tersayang. Tak kiralah apapun pekerjaan anda, pastikan KELUARGA diletakkan di tempat PERTAMA. Sebab bagi saya keluarga merupakan sumber kebahagian kita selepas Allah dan Rasul.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang PELUANG & GANJARAN yang Shaklee tawarkan. Tawaran ini terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang berumu 18 tahun ke atas sahaja. Dan yang paling penting , mestilah menjadi AHLI SHAKLEE yang sah. Bagaimana ingin menjadi ahli Shaklee yang Sah? Anda boleh baca di entri saya di sini.




Secara umumnya, Shaklee menawarkan 3 ganjaran utama yang dipanggil 3C – CASH, CAR & CONVENTION. 3C ini memang menjadi TARGET bagi sesiapa yang serius berbisnes dengan Shaklee. Jom kita baca huraian ringkas tentang 3C ini satu persatu.

1. CASH




Cash diberi dalam bentuk duit (RM). Bergantung kepada jualan, cash akan diberikan setiap bulan yang dipanggil BONUS. Bonus dalam Shaklee amatlah banyak. Mari kita lihat, apakah BONUS yang Shaklee tawarkan.

BONUS PERIBADI - Bonus yang diberikan berdasarkan jualan peribadi. Semakin tinggi jualan, semakin tinggi % bonus yang shaklee tawarkan. % bonus yang ditawarkan bermula dari 5% sehinggalah yang paling tinggi 21%. Boleh baca di sini.

BONUS KUMPULAN - Bonus yang diberikan sekiranya kita mempunyai downlines yang aktif berbisnes. Bonus ini ibarat upah yang Shaklee bagi kepada kita kerana kita memperkenalkan dan memimpin downline kita berbisnes. Dalam bisnes MLM, biasanya bonus ini dikenali sebagai bonus overriding.

BONUS KEPIMPINAN - Bonus ini diberikan sekiranya downline kita telah mencapai rank/pangkat minimum yang Shaklee tetapkan. % bonus kepimpinan ini diberikan bergantung kepada level downlines kita.

BONUS KENAIKAN PANGKAT - Bonus ini Shaklee bagi one-shot sebagai menghargai penat lelah dan usaha kita kerana bertungkus lumus untuk naik pangkat. Bergantung kepada pangkat, semakin tinggi pangkat yang kita capai, maka semakin tinggi bonus yang Shaklee bagi.

BONUS COORDINATOR, KEY COORDINATOR & MASTER COORDINATOR - Bonus ini diberikan hanya setelah kita mencapai rank yang dinyatakan.




2. CAR 


CAR BONUS @ BONUS KERETA yang Shaklee tawarkan memang berbeza dengan sistem MLM yang lain. Bonus kereta ni Shaklee tak bagipun kereta kat kita, sebaliknya Shaklee bagi extra CASH kepada kita. Terpulang kita nak buat apa dengan cash ni. Nak beli kereta boleh, taknak beli keretapun takpa, nak beli kapal terbang pun boleh.. haha. 



3. CONVENTION 



Juga dikenali sebagai sebagai lawatan @ percutian. Ganjaran ini ditawarkan setelah kita mencapai target tertentu yang Shaklee tetapkan dalam tempoh 1 tahun. Ada 2 jenis lawatan yang Shaklee tawarkan, iaitu ANTARABANGSA & TEMPATAN.

ANTARABANGSA - Kita boleh memilih sama ada ingin pergi ke UMRAH @ LUAR NEGARA yang Shaklee tetapkan. Tahun 2014, lawatan antarabangsa Shaklee adalah ke California, USA. Tahun depan 2015 ialah Italy. Sudah semestinya kesemua lawatan ini ditaja sepenuhnya oleh Shaklee, bermula daripada penginapan, tiket kapal terbang, makanan, hotel dan duit poket... Percutian 6 bintang you! Bestnya! 

TEMPATAN - Lawatan ini hanya untuk tempat-tempat di dalam Malaysia. Ok jugak, sebab FREE. haha

See... banyakkan bonus ganjaran menarik yang Shaklee offer. Sebab tu ramai orang yang terbeliak biji mata bila tengok tawaran Shaklee ni. Dan sebenarnya ramai yang telah menikmati kesemua ganjaran yang Shaklee tawarkan. Doakan semoga saya juga akan dapat merasa semua ganjaran tu satu hari nanti. Teringin rasanya nak pergi melancong ke luar negara secara percuma. Nak pergi umrah yang ditaja... Waah.. bestnya!

So, tunggu apa lagi kawan? Masih ragu-ragu lagikah? Haiiyyaa... orang sudah maju ke depan, lu masih fikir lagi kaa... Segeralah mendaftar menjadi ahli Shaklee dan mulakan membina IMPIAN anda bersama Shaklee. Hubungi saya segera untuk urusan pendaftaran.

Wani
SMS/WASSAP 017-5359154




Terima Kasih