22 October 2014

CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Ramai yang tertanya-tanya, macamana cara makan supplement Shaklee yang betul? Ada yang kata makan macam ni, ada yang kata makan macam tu, sat lagi orang ni kata ambil lepas makan, jumpa orang lain kata sebelum sebelum makan. Pening!!! Sebenarnya, semua cara tu betul, tiada yang salahnya, sebabnya tiada satu garis panduan yang tetap dalam pengambilan supplement atau vitamin. Bergantung kepada jenis penyakit, biasanya seseorang pengedar Shaklee akan memberikan cara pengambilan supplement yang sebaiknya kepada pelanggan. Terpulang kepada pelanggan pula untuk mengubahsuai jadual pengambilan supplement mengikut kesesuaian masa customer. FLEKSIBLE!

Para pengguna budiman boleh merujuk kepada jadual yang telah saya aturkan di bawah ini:



Sebagaimana yang saya maklumkan di atas, jadual ini hanyalah sekadar CADANGAN untuk para penguna. Anda boleh mengubahsuai dan mengadaptasi jadual ini bergantung kepada kesesuaian masa dan keutamaan anda. Apa yang penting, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

*Vitamin larut air (vitamin B, C) seeloknya diambil bersama-sama segelas air untuk mempercepatkan proses larutan dan penyerapan vitamin

*Vitamin larut lemak (Vitamin A, D, E, K) seeloknya dimakan bersama bersama-sama lemak bagi mempercepatkan proses larutan dan penyerapan vitamin.

*Zinc Complex harus diambil semasa perut kosong (sejam sebelum makan @ 2 jam selepas makan) kerana vitamin ini mudah terurai dan melekat bersama-sama makanan dan dimusnahkan. Ini mengurangkan kadar penyerapan vitamin zinc ke dalam badan.

Selain itu terdapat beberapa pantang-larang yang perlu diberi perhatian oleh pengguna Shaklee bagi memastikan penyerapan vitamin berlaku secara efisien pada kadar yang optimum.

♧ Elakkan mengambil Alfalfa bersama-sama vitamin E, GLA Complex dan CoQ HeathPlus kerana Alfalfa mengurangkan penyerapan vitamin E. (GLA Complex dan CoQ HealthPlus mengandungi unsur vitamin E). Dinasihatkan menjarakkan pengambilan vitamin-vitamin ini 2 jam sebelum atau selepas.

♧ Elakkan mengambil Vitalea bersama-sama vitamin yang mengandungi unsur kalsium seperti ESP, ostematrix dan produk tenusu. Vitalea Shaklee diperkaya dengan unsur zat besi (iron) yang dikatakan mengurangkan penyerapan kalsium oleh badan. Dinasihatkan jarakkan pengambilan vitamin-vitamin ini 2 jam sebelum atau selepas.

♧ Elakan mengambil vitamin bersama-sama minuman yang mengandungi kefein seperti kopi dan teh. Bukan tak boleh ambil kopi dan teh, cuma dinasihatkan supaya menjarakkan tempoh pengambilan sekurang-kurangnya 2 jam. Ini kerana, kafein juga dipercayai mengganggu proses menyerapan vitamin dengan efisien.

♧ Elakkan membancuh ESP, CINCH SHAKE, COLLAGEN, MEALSHAKE dengan air panas (melebihi 60°C) kerana vitamin-vitamin ini mengandungi protein yang akan termusnah pada suhu yang tinggi. Dinasihatkan membancuh minuman ini menggunakan air suam (suhu kurang daripada 40°C) untuk mengelakkan protein terurai.

Para pengguna juga dinasihatkan untuk  mengambil air masak/kosong/mineral yang mencukupi sekiranya mengamalkan pengambilan vitamin. Dicadangkan 1 liter bagi setiap 25 kg berat badan. Ini bagi membantu proses penyingkiran toksin dengan lebih cepat dan mudah. Setelah toksin disingkirkan, proses penyerapan vitamin juga dapat berlaku dengan cekap dan efisien.

Sebagai penutup, amalkan pemakanan vitamin secara konsisten dan penuh disiplin. Ini kerana, supplement ni bukan seperti ubat yang kesannya boleh dilihat dengan cepat. Supplement membantu kita menampung kekurangan vitamin-vitamin yang diperlukan badan. Bergantung kepada individu, kesannya mungkin cepat atau lambat, tapi insyAllah lebih selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang.

SELAMAT BERAMAL!


Salam Sayang,
Wani & Razif

Terima Kasih

Komen
0 Komen

No comments: