10 October 2014

MINUMAN PENAMBAH TENAGA TERBAIK!

Assalamualaikum dan Selamat Petang!

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Apa khabar anda semua hari ni? Saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Ok, hari ini saya nak bercerita tentang minuman penambah tenaga. Siapa suka minum air penambah tenaga? Biasanya kita panggil minuman isotonik, yang berfungsi untuk mengembalikan tenaga kepada kita dengan cara membekalkan gula (tenaga) kepada badan kita dengan segera. Bagus memanglah bagus, tapi jika diambil dengan kadar berlebihan, ia boleh mendatangkan masalah kepada badan.

Memang benar, minuman isotonik dapat mengganti cairan tubuh kerana dirancang dengan tekanan osmotik yang sama dengan tekanan darah tubuh. Namun, jika meminum minuman isotonik dalam kondisi normal atau di saat tidak melakukan aktiviti berat, tubuh tidak memerlukan zat-zat elektrolit dan kandungan mineral ini. Minuman itu akan terbuang sia-sia. Minuman ini juga mengandungi sejumlah bahan pengawet yang berbahaya bagi tubuh. Kesan jangka masa panjang pengambilan minuman isotonik berlebihan adalah peningkatan risiko kesihatan seperti peningkatan kadar gula darah (kencing manis!), merosakkan gigi, menyebabkan pertambahan berat badan serta berisiko dehidrasi akibat penyerapan air ke dalam tubuh tersekat dan kerosakan buah pinggang.

Selain itu minuman tenaga ini juga mampu mengakibatkan tekanan darah meningkat dan jantung terasa berdebar-debar terutamanya bagi mereka yang sensitif. Kesan lain apabila meminum minuman tenaga ni ialah pening, mual, dan sakit kepala. Bahaya bukan? Jadi, nasihat saya, elakkan daripada pengambilan minuman isotonik yang BERBAHAYA kepada kesihatan kita.


PERFORMANCE DRINK SEBAGAI ALTERNATIF
Shaklee menawarkan alternatif kepada anda yang gemar meminum air penambah tenaga yang dipanggil PERFORMANCE DRINK
Apa Itu Performance Drink Shaklee..???
  • Performance Drink Shaklee ialah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna, berkhasiat dan tidak bergas.
  • Performance Drink Shaklee telah terbukti secara klinikal menghidratkan anda lebih cepat berbanding air.
  • Performance Drink Shaklee memberikan tenaga segera kepada tubuh dan menyokong penghidratan pada tahap optimum. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dan campuran unik karbohidrat yang membekalkan tenaga berterusan tanpa menggangu tahap gula di dalam darah.
  • Performance Drink Shaklee telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan tahap hidrat tubuh, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina – berdasarkan ujian yang dilakukan kepada atlit berpencapaian cemerlang di Amerika Syarikat.
  • Performance Drink Shaklee tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Kenapa Performance Drink Shaklee berbeza daripada minuman tenaga yang lain?
  • Kandungan gula yang terdapat dalam Performance Drink kurang berbanding minuman lain
  • Mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ia mudah diserap untuk mengekalkan paras gula dalam darah
  • Membantu mengurangkan penyah-hidratan (kurang air, kehausan) kerana Performance Drink dilengkapi dengan kandungan natrium yang membantu mempercepatkan penyerapan air ke dalam tubuh
  • Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride yang membantu membekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh
  • Performance Drink dapat membantu memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan otot
  • Mempunyai lebih 67 % otot glikogen (sumber tenaga)
Siapa yang Memerlukan Performance Drink Shaklee…???
  • Individu yang aktif bersukan
  • Individu yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka)
  • Individu yang menghidap gout
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Individu yang kurang minum air
  • Individu yang kerap sakit kepala
  • Bila rasa nak demam, atau sedang demam
  • Individu yang mempunyai masalah sembelit
  • Kanak-kanak yang demam
  • Individu yang suka minuman ringan terutama yang berkarbonat


Terima Kasih

Komen
0 Komen

No comments: