06 October 2014

MLM PATUH SHARIAH


Assalamualaikum wbt...

Salah satu perkara yang SANGAT PENTING untuk dipertimbangkan dalam pemilihan bisnes MLM adalah sistemnya... sama ada sistem itu menepati SYARIAH atau tidak. Banyak syarikat MLM di dunia ini memperkenalkan pelbagai sistem dengan tujuan untuk memancing orang ramai, tetapi persoalannya, adakah ianya mematuhi syariah sepenuhnya. 

Penting ka patuh syariah ni?? Mestilah! Sebagai seorang muslim yang patuh pada agamanya, persoalan tentang halal dan haram perlu diambil kira dalam sesuatu perniagaan. Ini kerana, hasil daripada sesuatu perniagaan itu akan digunakan untuk kegunaan kita seharian seperti membeli makanan, pakaian, menyara keluarga dan pelbagai lagi bentuk perbelanjaan. Sekiranya kita memperolehi sumber rezeki daripada cara yang tidak halal, adakah berkat rezeki yang kita terima?? 

Saya sendiri pada awalnya seorang yang anti-MLM dek kerana sistemnya yang entah apa-apa entah. Kebanyakannya MLM yang saya kenali memang tak patuh syariah, banyak penindasan dan berlaku ketidakadilan kepada pihak-pihak tertentu. Kebanyakannya hanya menguntungkan orang atasan saja, dan menindas orang bawahan. Tapi, setelah mengenali Shaklee, persepsi saya berubah. Sudah semestinya saya mengkaji terlebih dahulu dengan mendalam sistem MLM Shaklee. Akhirnya saya berpuas hati dengan sistem MLM Shaklee dan mengambil keputusan untuk terlibat secara serius dengan bisnes.

Ok, jom semak kriteria MLM patuh syariah yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. Artikel penuh boleh baca di sini :

Bagi menjawab persoalan berkaitan sistem MLM, di sini saya gariskan beberapa jawapan ringkas bagi menunjukkan sistem MLM yang digunapakai dalam bisnes Shaklee.

1. Harga tinggi dari biasa
Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM81 untuk 120 biji iaitu RM0.70 sebiji. Harga ahli adalah lebih rendah daripada itu.

2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.
Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semua produknya yang terdapat di Malaysia mendapat pengiktirafan halal oleh Ismaic Society of America (ISA) yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tiada paksaan pembelian atau penggunaan. 



3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). 
Produk Shaklee dikenali lebih 60 tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Sains Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. 

4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 
Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.

5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Jangan harapkan kuantiti anak, tetapi juga perlu menitikberatkan kualiti.



6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
Tiada sebarang komisen atau bonus yang diberikan kepada upline sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat. Komisen hanya diberikan sekiranya seseorang downline membuat belian yang mencukupi syarat

7. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh?
Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih daripada itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal.



9. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung



10. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee



11. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi
Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas

Saya sangat berpuas hati dengan bisnes Shaklee kerana sistemnya yang sememangnya hampir memenuhi kriteria-kriteria sebuah MLM yang patuh Syariah. Sebab itulah saya tidak ragu-ragu dan yakin bisnes Shaklee akan bertahan lama kerana sistemnya yang adil dan tidak menindas sebelah pihak. Anda yang masih ragu, boleh hubungi saya untuk mendapatkan kepastian. InsyAllah, saya akan cuba merungkaikan kekusutan yang membelenggu fikiran anda.


Salam Sayang,
Razif & Wani

Terima Kasih

Komen
0 Komen

No comments: