20 July 2013

SET PELANGSINGAN BADAN SHAKLEE

Ramai yang tercari-cari produk untuk pelangsingan yang sesuai. Ada yang sanggup menghabiskan ribuan $$ semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang lansing dan menawan. Nasihat saya, pastikan anda memahami dengan jelas, apakah konsep utama dalam pelangsingan badan supaya anda tidak merasa TERTIPU dengan produk-produk pelangsingan yang terdapat di pasaran.

Shaklee juga turut menawarkan produk pelangsingan bagi tujuan untuk pelangsingan badan. Ramai yang sudah mencuba dan merasai perbezaannya.


3 KONSEP UTAMA UNTUK KURUS:

BAKAR, BUANG, BINA


1. BAKAR 
Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol



2. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi: membuang lemak, toksin dalam badan

3. BINA
Produk: CINCH SHAKE /SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh lepas berat badan turun.


berikut merupakan langkah yang tepat untuk menurunkan berat badan dengan lebih berkesan:

LANGKAH PERTAMA: DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar (najis). Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Produk Shaklee yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. 

LANGKAH KEDUA: MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah. Seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Untuk makluman, Lecithin ni tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. 

Omega Guard pun turut membantu dalam proses memecahkan lemak dan mencegah obesiti. Omega juga dapat mengawal obesiti, merendahkan kolesterol bagi fungsi pengurusan berat badan. EPA dan DHA di dalam Omega Guard boleh merendahkan lemak dalam darah. 

LANGKAH KETIGA: MEMBINA OTOT 
Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot agar bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.


Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak tapi gantikan dengan Energizing Soy Protein / MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? 
Apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.

TIPS PENTING:
Program pengurusan berat badan adalah berbeza dengan diet yang extreme. walau apa jua cara, pastikan pemakanan yang betul dan sihat, kurangkan karbohidrat dan lebihkan pengambilan protein, dan pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. senaman dan pemakanan yang disiplin juga perlu dipatuhi. 


Terima Kasih

04 June 2013

SET KESIHATAN KANAK-KANAK

BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK KITA
SET KESIHATAN KANAK-KANAK SHAKLEE


Setiap ibu bapa pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca di samping tubuh badan yang sentiasa cergas dan sihat. Memang tidak dapat dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.

Shaklee memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.



MEALSHAKE
*   Membantu pembesaran dan pembinaan tulang, kuku, otak si anak
*   Memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
*   Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
*   Meningkatkan selera makan kanak-kanak
*    Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
*    Jika anak demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa

OMEGA GUARD
* Sebahagian besar otak terbina daripada lemat “baik” yang dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Diet yang kaya dengan Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak
* Omega-3 menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif dan membantu meningkatkan daya ingatan semasa tua kelak
* Mengatasi masalah pernafasan seperti asma , batuk dan selsema
* Meningkatkan sistem imunisasi dan menapis kuman daripada badan

CHEWABLE VITA-C PLUS 100mg
* Membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran
* Membantu mencegah jangkitan dan demam selsema
* Mengekalkan integrasi antara sel


* Menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar



Terima Kasih