21 January 2014

PEPPERMINT GINGER PLUS

Ramai di kalangan kita yang mengalami masalah berangin. Rasa berangin di bahagian tubuh terutamanya dibahagian perut, kepala dan belakang badan. Bagi yang selalu mengalami masalah angin berlebihan dalam badan, elakkanlah makan makanan yang berangin seperti kacang, brokoli, kobis, taugeh, bawang, asparagus dan  buah-buahan seperti pear, epal dan peach, bijirin seperti roti gandum, minuman ringan dan jus buah, susu dan produk daripada susu dan keju, makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU ATASI MASALAH ANGIN DALAM BADAN?
Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:

  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan

Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik. Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:

1) Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.


2) Halia

  • Halia meransang rembesan enim saliva untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.

3) Pokok adas (fennal)

  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.

4) Cekur Manis (anise)

  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut


Terima Kasih

19 January 2014

HERBLAX


Herb-lax Shaklee merupakan salah satu produk Shaklee HOT yang sangat laris di pasaran. Inilah antara produk yang sering sangat tiada di pasaran kerana permintaan yang tinggi di samping kesukaran Shaklee mendapatkan bahan mentah yang berkualiti. Asal ada pengumuman instock saja, mesti stok habis dalam seminggu... Fuh, memang terlajak laris.

Salah satu sebab kenapa orang tercari-cari herblax ni kerana khasiatnya yang dikatakan mampu mencuci bahagian usus daripada segala lemak dan kolesterol jahat sekaligus menjadikan kita lebih kurus dan ramping gitu.. Yup! Herblax merupakan agen detoks bahagian usus yang sangat hebat! Kalau tak, takkan orang sering tercari-cari, kan?

Jom kita tengok, apa yang terkandung di dalam sebiji herblax dan fungsi setiap bahan aktifnya.

Herblax Shaklee mengandungi herba semulajadi:

  1. Licorice root - membantu proses detoksifikasi
  2. Fennel seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah semebelit dan kembung perut atau usus
  3. Anise seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  4. Rhubarb root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik
  5. Blue malva flower - membantu proses detoksifikasi danmengimbangi tekstur kulit
  6. Culver's root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  7. Alfalfa leaves - membersihkan usus, darah dan hati.
  8. Senna leaves - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  9. Buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.

Manfaat Utama
  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Memejalkan perut. 

Terima Kasih